Tarikh          : 14/07/2022

Masa           : 02.00 pm - 05.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 14 peserta

TUJUAN

Kelas Pengenalan Storyboard ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menghasilkan storyboard yang menarik dan kreatif. Dengan adanya kelas ini, secara tidak langsung meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan peserta.

AKTIVITI

Para peserta telah diterangkan tentang cara-cara untuk menggunakan storyboard. Kemudian, mereka telah diberikan rajah dan dikehendaki menulis dialog untuk menghasilkan cerita yang menarik menggunakan storyboard. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat melahirkan komuniti yang celik IT.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 08/07/2022

Masa           : 11.00 am - 12.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 6 peserta

TUJUAN

Untuk mengasah minda para peserta dengan aktiviti mencari perbezaan gambar. Secara tidak langsung dapat membantu mereka mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

AKTIVITI

Peserta diberi dua gambar dan diminta untuk mencari perbezaan di dalam gambar tersebut. Masa diberikan kepasa para peserta, pemenang dikira berdasarkan peserta yang mendapat markah tertinggi.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 05/06/2022

Masa           : 2.00 pm - 05.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 6 peserta

TUJUAN

Aktiviti Klik Dengan Bijak ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan internet dan pengunaan laman web. Setelah mereka mengetahui cara -cara klik dengan bijak dengan berkongsi maklumat dan video yang disediakan bagi memudahkan permahaman peserta.

AKTIVITI

Petugas menerangkan cara Klik Dengan Bijak kepada para peserta. Selain itu, mereka turut didedahkan kepada pelbagai maklumat yang berguna. Sebelum selesai aktiviti, para peserta telah diminta untuk menjawab soalan kuiz KDB untuk menguji sejauh mana tahap kefahaman mereka terhadap penerangan yang telah diberikan oleh petugas.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 05/07/2022

Masa           : 10.00 am - 02.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 26 peserta

TUJUAN

Mempromosikan Tabung Haji disamping dapat menarik minat penduduk setempat untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDI.

AKTIVITI

Pengunjung dapat membuka akaun Tabung Haji yang akan digunakan untuk mendaftar program haji. Di samping itu, peserta juga diajar untuk mendaftar akan komuniti yang celik IT.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh            : 09/05/2022

Masa             : 10.00am - 12.00pm

Tempat          : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta          : 6 peserta

TUJUAN

Mempromosikan PEDI disamping dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDI.

Meningkatkan kreativiti kanak-kanak.

AKTIVITI

Para peserta telah diberi kertas mewarna yang bertemakan ucapan Hari Guru, dimana kertas yang telah diwarnakan akan diberikan kepada guru yang mengajar kanak-kanak tersebut.

Lihat Gambar Disini