Tarikh            : 07/03/2022

Masa             : 03.00pm - 05.00pm

Tempat          : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta          : 3 peserta

TUJUAN

Kuiz E-Pembelajaran ini diadakan untuk memupuk minat para peserta ke arah menjaga alam sekitar dengan membudayakan amalan mengitar semula sisa E-Waste. Kuiz ini juga secara tidak langsung dapat membantu peserta memantapkan kemahiran menggunakan komputer.

AKTIVITI

Para peserta telah mencari maklumat berkaitan dengan sisa E-waste. Kemudian, mereka telah diberikan 11 soalan mengenai E-Waste. Markah telah dikira berdasarkan keputusan yang paling tinggi sekali.

Lihat Gambar Disini

Tarikh            : 19/02/2022

Masa             : 10.00am - 01.00pm

Tempat          : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta          : 3 peserta

TUJUAN

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membiasakan diri peserta dengan asas penggunaan Movie Maker. Bengkel ini juga membantu peserta mempelajari teknik menyunting video menggunakan Movie Maker. Selain itu, peserta juga telah didedahkan kepada cara untuk memuat turun lagu di laman web untuk dimasukkan ke dalam video mereka.

AKTIVITI

Para peserta telah diterangkan tentang cara untuk menggunakan Movie Maker. Kemudian, mereka mempelajari cara untuk memuat turun lagu. Selepas itu, para peserta belajar untuk menyunting video mereka dengan memasukkan lagu pilihan masing-masing yang telah dimuat turun.

Lihat Gambar Disini

Tarikh           : 08/02/2022

Masa            : 02.30pm - 05.30pm

Tempat         : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta         : 2 peserta

TUJUAN

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membiasakan diri para peserta dengan kegunaan emel dalam urusan harian. Mereka telah mempelajari cara untuk menghantar emel secara formal. Secara tidak langsung, mereka telah diberi pendedahan awal tentang cara menghantar emel dan dapat menggunakan ilmu yang telah dipelajari ini semasa hendak memohon kerja pada masa akan datang.

AKTIVITI

Dalam bengkel ini, mereka telah mempelajari cara untuk menghantar dan membalas emel. Bukan itu sahaja, para peserta bengkel juga turut mempelajari cara untuk meletakkan tandatangan dalam setiap pesanan emel.

Lihat Gambar Disini

Tarikh            : 13/02/2022

Masa             : 03.00pm - 05.00pm

Tempat          : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta          : 7 peserta

TUJUAN

Kelas ini telah diadakan bagi membantu peserta mengasah kemahiran kira-kira dan teknik mencongak dalam subjek Matematik. Para peserta telah menghafal sifir dan membuat latihan asas Matematik iaitu asas tambah dan tolak. Kelas ini secara tidak langsung dapat membantu peserta memahirkan diri dalam asas kira-kira.

AKTIVITI

Para peserta telah menghafal sifir 2, 3 dan 5 bersama-sama. Kemudian mereka menjawab soalan yang diberikan petugas dalam masa yang telah ditetapkan.

Lihat Gambar Disini

Tarikh        : 05/02/2022

Masa         : 10.00am - 01.00pm

Tempat      : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta      : 4 peserta

TUJUAN

Kelas Jom Belajar Tatabahasa telah diadakan untuk membantu peserta menguasai kemahiran tatabahasa Bahasa Melayu. Secara tidak langsung, pemahaman murid-murid terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh.

AKTIVITI

Para peserta mempelajari tentang jenis-jenis ayat seperti ayat tanya, ayat perintah dah sebagainya. Kemudian, mereka menggunakan PC di PEDi untuk menjawab soalan berkaitan pembelajaran pada hari tersebut secara atas talian.

Lihat Gambar Disini