Tarikh         : 26/01/2022

Masa          : 03.00pm - 05.00pm

Tempat       : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta       : 10 peserta

TUJUAN

Tayangan video motivasi diadakan bertujuan untuk menerapkan unsur-unsur nilai murni dan amalan yang positif dalam diri para peserta. Tayangan video yang berlangsung selama dua jam ini sedikit sebanyak telah mendorong para peserta untuk lebih mengenali unsur-unsur nilai murni.

AKTIVITI

Para peserta telah ditayangkan dengan video berunsurkan motivasi selama dua jam. Setelah selesai menonton, para peserta telah diminta untuk mengulas pengajaran dan nasihat yang diperoleh melalui video tersebut.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 22/01/2022

Masa           : 10.00am - 01.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 5 peserta

TUJUAN

Jom Kongsi Ilmu Bahasa Inggeris bertujuan untuk membantu para peserta memperkasa penggunaan kosa kata Bahasa Inggeris. Aktiviti ini juga dapat membantu peserta dalam kemahiran bertutur dan menulis menggunakan Bahasa Inggeris.

AKTIVITI

Para peserta diberikan masa untuk menjawab soalan yang telah diberikan. Setelah selesai menjawab, mereka berbincang sesama sendiri mengenai soalan yang diberikan di samping bertukar-tukar pendapat dan jawapan.

Lihat Gambar Disini

Tarikh           : 13/01/2022

Masa            : 02.00pm - 05.00pm

Tempat         : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta         : 2 peserta

TUJUAN

Kelas Menyunting Imej ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menyunting imej menggunaan Paint. Dengan adanya kelas ini, ianya secara tidak langsung dapat membantu peserta untuk mengasah bakat menyunting masing-masing.

AKTIVITI

Para peserta telah memilih imej pilihan masing-masing. Kemudian, mereka menyunting imej berkenaan dengan masa yang telah diberikan oleh petugas.

Lihat Gambar Disini

Tarikh            : 18/01/2022

Masa             : 03.00pm - 05.00pm

Tempat          : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta          : 9 peserta

TUJUAN

Word Search - Klik Dengan Bijak adalah untuk membudayakan penggunaan internet secara berhemah dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Budaya penggunaan internet secara berhemah secara tidak langsung dapat menangani gejala buli siber yang semakin berleluasa pada zaman sekarang.

AKTIVITI

Para peserta mula mendalami isu buli siber dan cara-cara untuk menangani gejala tersebut. Mereka juga turut mempelajari terma-terma baharu yang berkait rapat dengan budaya Klik Dengan Bijak dalam aktiviti Word Search ini.

Lihat Gambar Disini

Tarikh            : 08/01/2022

Masa             : 10.00am - 01.00pm

Tempat          : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta          : 1 peserta

TUJUAN

Kelas Digital merupakan kelas pengenalan peserta kepada Google Images. Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada cara dan teknik mencari gambar di Google Images.

AKTIVITI

Peserta telah diterangkan tentang Google Images dan cara mencari serta memuat turun gambar menerusi Google Images. Sebelum mengakhiri kelas ini, peserta telah diminta untuk mencari dan memuat turun gambar peta negeri di seluruh Malaysia.

Lihat Gambar Disini