Tarikh          : 05/06/2022

Masa           : 2.00 pm - 05.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 6 peserta

TUJUAN

Aktiviti Klik Dengan Bijak ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan internet dan pengunaan laman web. Setelah mereka mengetahui cara -cara klik dengan bijak dengan berkongsi maklumat dan video yang disediakan bagi memudahkan permahaman peserta.

AKTIVITI

Petugas menerangkan cara Klik Dengan Bijak kepada para peserta. Selain itu, mereka turut didedahkan kepada pelbagai maklumat yang berguna. Sebelum selesai aktiviti, para peserta telah diminta untuk menjawab soalan kuiz KDB untuk menguji sejauh mana tahap kefahaman mereka terhadap penerangan yang telah diberikan oleh petugas.

Lihat Gambar Disini

Tarikh            : 09/05/2022

Masa             : 10.00am - 12.00pm

Tempat          : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta          : 6 peserta

TUJUAN

Mempromosikan PEDI disamping dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDI.

Meningkatkan kreativiti kanak-kanak.

AKTIVITI

Para peserta telah diberi kertas mewarna yang bertemakan ucapan Hari Guru, dimana kertas yang telah diwarnakan akan diberikan kepada guru yang mengajar kanak-kanak tersebut.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 02/04/2022

Masa           : 10.00am - 01.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 6 peserta

TUJUAN

Aktiviti mengenal perisian komputer ini bertujuan untuk membantu para peserta mengenali alat-alat perkakasan komputer dan fungsinya. Setelah mereka dapat mengenali alat-alat ini serta fungsinya, barulah mereka dapat menggunakan kemudahan ICT yang disediakan di PEDi dengan lancar dan baik.

AKTIVITI

Petugas menerangkan alat-alat perkakasan komputer kepada para peserta. Selain itu, mereka turut didedahkan kepada fungsi alat perkakasan komputer tersebut. Sebelum selesai aktiviti, para peserta telah diminta untuk menjawab soalan berkaitan perisian komputer untuk menguji sejauh mana tahap kefahaman mereka terhadap penerangan yang telah diberikan oleh petugas.

Lihat Gambar Disini

Tarikh            : 13/04/2022

Masa             : 02.00pm - 05.00pm

Tempat          : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta          : 10 peserta

TUJUAN

Doodle Ramadan telah diadakan bagi mencungkil bakat peserta dalam bidang lukisan. Peserta telah diperkenalkan tentang doodle dan cara melukis doodle. Aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa senggang peserta dengan perkara yang berfaedah sementara menunggu waktu berbuka puasa.

AKTIVITI

Para peserta telah merujuk gambar doodle Ramadan di laman web berkaitan. Kemudian, mereka telah melakar doodle Ramadan dengan merujuk gambar di laman web.

Lihat Gambar Disini

Tarikh           : 12/03/2022

Masa            : 03.00pm - 05.00pm

Tempat         : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta         : 4 peserta

TUJUAN

Aktiviti "Speed Typing" bertujuan untuk membiasakan diri para peserta dengan menggunakan Microsoft Office Word dalam urusan harian. Para peserta telah belajar menaip dengan kadar masa yang pantas dengan masa yang ditetapkan.

AKTIVITI

Para peserta telah diberikan sebuah petikan dan mereka dikehendaki untuk menaip semula petikan tersebut. Setelah selesai aktiviti, petugas telah menyemak petikan yang ditaip oleh para peserta dan memastikan tiada kesalahan ejaan dan tanda baca dilakukan.

Lihat Gambar Disini