Tarikh         : 03/12/2021

Masa          : 03.00pm - 06.00pm

Tempat       : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta       : 3 peserta

TUJUAN

Bengkel Postermywall diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat para peserta dalam menghasilkan poster yang cantik dan menarik. Selain itu, para peserta juga telah diajar cara menggunakan Postermywall dengan baik.

AKTIVITI

Para peserta telah diminta untuk menghasilkan sekeping poskad yang akan dikirimkan kepada rakan-rakan yang jauh. Mereka telah berjaya menghasilkan poskad yang unik dan cantik.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 22/11/2021

Masa           : 02.30pm - 05.30pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 4 peserta

TUJUAN

Latihan Klik Dengan Bijak ini bertujuan untuk membiasakan diri para peserta dengan budaya "Klik Dengan Bijak". Tambahan pula pada era globalisasi ini, remaja sering terdedah kepada buli siber yang kian menjadi-jadi. Oleh itu, latihan ini diadakan untuk sentiasa mengingatkan para peserta agar sentiasa berwaspada semasa melayari internet.

AKTIVITI

Para peserta telah diterangkan mengenai "Klik Dengan Bijak" dan petugas telah menekankan isu buli siber kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Sebelum mengakhiri sesi latihan pada hari tersebut, peserta telah diberikan latihan yang memfokuskan kepada isu "Klik Dengan Bijak".

Lihat Gambar Disini

Tarikh        : 15/11/2021

Masa         : 02.00pm - 04.00pm

Tempat      : Pusat Internet Komuniti Kampung Kuala Kerik

Peserta      : 5 peserta

TUJUAN

Para peserta telah didedahkan kepada Dashboard Komuniti dan kepentingannya kepada komuniti setempat. Kuiz ini bertujuan untuk mendekatkan lagi peserta kepada penggunaan Dashboard Komuniti.

AKTIVITI

Peserta memulakan sesi soal jawab berkaitan Dashboard Komuniti dengan petugas. Kemudian, mereka telah diberikan kuiz untuk mencari perkataan "Dashboard" dan "Komuniti".

Lihat Gambar Disini

Tarikh         : 19/11/2021

Masa          : 02.30pm - 05.30pm

Tempat       : Pusat Internet Komuniti Kampung Kuala Kerik

Peserta       : 4 peserta

TUJUAN

Memperkenalkan perkakasan komputer kepada para peserta yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan peserta dapat menyesuaikan diri dengan perkakasan komputer serta fungsinya.

AKTIVITI

Para peserta telah diterangkan tentang perkakasan komputer dan fungsinya yang tersendiri. Kemudian, mereka telah diberikan soalan yang memaparkan rajah perkakasan komputer dan peserta telah diminta untuk melabelkan nama perkakasan tersebut supaya bersepadan dengan rajah yang diberikan.

Lihat Gambar Disini

Tarikh        : 12/11/2021

Masa         : 10.00am - 12.00pm

Tempat      : Pusat Internet Komuniti Kampung Kuala Kerik

Peserta      : 2 peserta

TUJUAN

Kelas Kenali Media Baru ini bertujuan untuk memperkenalkan cara mencipta 'QR Code Check-In' MySejahtera kepada peserta yang hadir. Para peserta telah didedahkan kepada laman web MySejahtera dan kegunaannya yang penting terutamanya pada musim endemik ini.

AKTIVITI

Peserta yang hadir telah diminta untuk menghasilkan 'QR Code Check-In' MySejahtera untuk kegunaan di premis masing-masing. Pada akhir kelas, mereka telah berjaya menghasilkan 'QR Code Check-In' masing-masing dengan baik sekali.

Lihat Gambar Disini