Puan Fatimah mengusahakan Kedai Jahitan sejak 3 tahun lepas. Beliau membuka di sebelah rumahnya dan menerima tempahan daripada penduduk sekitar. Antara pakaian yang dibuat oleh beliau ialah baju kurung, baju melayu dan baju korporat. Selain itu, beliau menerima bimbingan latihan daripada RISDA bagi membolehkan Kedai Jahitannya lebih berkembang.
Kedai Jahit Fatimah terletak di Kampung Sri Aman, dan untuk maklumat lanjut boleh hubungi di talian 01119731030.
http://kgkualakerik.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan#sigFreeId41d1ef8c2b
Jika ke Kampung Kuala Kerik, tidak salah kalau berkunjung ke Ladang Ternakan Madu Kelulut yang diusahakan oleh Encik Asmuni bin Hashim. Memulakan hanya 5 rumah kelulut kini dengan bantuan Koperasi Wawasan Kampung Kuala Kerik dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah beliau telah mencapai sehingga 40 rumah kelulut. Kini pendapatan beliau semakin bertambah, ditambah pula permintaan madu kelulut yang semakin tinggi di pasaran. Madunya dijual sehingga di luar negeri dan dijadikan produk kesihatan. Selain itu, anda boleh mencuba sendiri cara untuk mengambil madu dan minum madu kelulut yang baru diambil.
http://kgkualakerik.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan#sigFreeIde84fd5e841
Encik Abdul Halim atau digelar Pak Jang Halim mula berjinak dengan tanaman sejak 5 tahun lepas. Beliau hanya mengangap ianya satu hobi di masa lapang tetapi kini ia menjadi salah satu bidang perniagan. Ia bermula secara kecilan dengan hanya beberapa pokok bunga, kini ia semakin bertambah serta mempunyai pelbagai jenis pokok bunga untuk dijual. Selain itu, beliau juga menjual pasu bunga, baja dan sebagainya.
Jika anda berminat dan ingin membeli pokok bunga bolehlah datang ke Pak Jang Halim Flowers, Kampung Kuala Kerik atau hubungi 0194739169.
http://kgkualakerik.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan#sigFreeIdaba5a5d60e