Jika ke Kampung Kuala Kerik, tidak salah kalau berkunjung ke Ladang Ternakan Madu Kelulut yang diusahakan oleh Encik Asmuni bin Hashim. Memulakan hanya 5 rumah kelulut kini dengan bantuan Koperasi Wawasan Kampung Kuala Kerik dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah beliau telah mencapai sehingga 40 rumah kelulut. Kini pendapatan beliau semakin bertambah, ditambah pula permintaan madu kelulut yang semakin tinggi di pasaran.  Madunya dijual sehingga di luar negeri dan dijadikan produk kesihatan. Selain itu, anda boleh mencuba sendiri cara untuk mengambil madu dan minum madu kelulut yang baru diambil.