Jika anda datang ke Kampung Kuala Kerik tidak salah untuk singgah di Kedai Makan Bidin bagi merasai Mee Kuahnya yang terkenal di sekitar ini. Digelar Mee Kuah Legend oleh penduduk setempat kerana sudah lama bertapak di sini serta keenakannya. Dengan berlatarkan sawah padi, pasti memberi anda suasana yang nyaman dan berbeza.
Jika anda ingin merasai keenakan Mee Kuah Bidin bolehlah ke Kedai Makan Bidin yang terletak di Kampung Kuala Kerik (tepi simpang ke Kg Sri Aman).
http://kgkualakerik.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan#sigFreeId27295dcfc0
Peria digoreng dan disaluti tepung sangat sedap dimakan bersama nasi atau diratah. Hasil tangan Puan Azian ini sangat popular di sekitar kampung dan komuniti setempat kerana rasanya yang sedap dan rangup pasti membuat anda terliur. Puan Azian bermula pada tahun 2015 secara suka-suka dan semakin hari ia mendapat banyak tempahan daripada penduduk dalam dan luar.
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk dan tempahan anda boleh hubungi beliau sendiri di talian 0175024255.
http://kgkualakerik.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan#sigFreeIddcd4941e20
Sebut saja Kampung Kuala Kerik dan Kampung Betong pasti terkenal dengan buah duriannya. Ia terkenal di sekitar Daerah Sik. Jika ke sini bila tiba musim durian pasti tidak ketinggalan untuk merasai Pulut Duriannya. Ia dimakan bersama santan dan ulas durian. Oleh itu, tidak hairanlah ia makanan yang popular dan wajib makan apabila tiba musim durian di sini.
http://kgkualakerik.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan#sigFreeId0a055663a9
Buah Konen ialah dari spesis pokok buah mempelam atau mangga. Buahnya berbentuk bulat kecil dan apabila masak kulitnya tetap berwarna hijau. Ia sangat dibuat smabal konen kerana rasanya yang masam manis.
Sambal Konen sangat popular di Kampung Kuala Kerik amnya kerana ia adalah makanan tradisi sejak dahulu lagi. Di Kampung Kuala Kerik, hampir setiap rumah mempunyai pokok buah konen dan ia akan lebat atau masak pada musimnya, jadi tidak hairanlah jika makanan ini sangat popular disini. Sambal ini sangat sedap dimakan bersama nasi dan boleh dijadikan sebagai pencicah.
http://kgkualakerik.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan#sigFreeId03137afe45
Air Lawar memang adalah pencicah yang dihidang bersama lauk dan nasi. Ia memang sedap dimakan bersama daging rebus. Air Lawar atau A Lawar bagi panggilan masyarakat di sini memang menggunakan resipi original Kampung Kuala Kerik. Oleh itu, tidak hairanlah jika rasa ia lain daripada yang lain. Ia selalu dihidangkan ketika adanya kenduri kendara di sini.
http://kgkualakerik.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan#sigFreeIdba10ec81fa
Halaman 1 dari 2