Tarikh : 07/11/2021 Masa : 03.00pm - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Komuniti Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada format penulisan surat kiriman rasmi yang betul. Selain itu, bengkel ini juga dapat membantu peserta menguasai penggunaan Microsoft Office Word dengan baik.
AKTIVITI
Peserta telah mempelajari asas penggunaan Microsoft Office Word sebelum memulakan bengkel. Kemudian, peserta telah diminta untuk menaip surat kiriman rasmi menggunakan format yang betul.
Tarikh : 02/11/2021 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Komuniti Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Kelas Sebenarnya.My diadakan kepada peserta yang merupakan pelajar universiti. Ini adalah untuk mendedahkan peserta tentang laman web Sebenarnya.My yang memaparkan berita dan isu-isu semasa yang sahih dan tepat.
AKTIVITI
Para peserta telah diterangkan tentang laman web Sebenarnya.My dan mereka telah berjaya menggunakannya dengan baik. Sebagai contoh, mereka dapat menyemak kesahihan sesuatu berita dengan menggunakan laman web Sebenarnya.My dengan cepat dan pantas.
Tarikh : 15/10/2021 Masa : 02.30pm - 05.30pm Tempat : Pusat Internet Komuniti Kampung Kuala Kerik Peserta : 9 peserta |
TUJUAN
Memberi pendedahan kepada peserta tentang E-Waste dan cara mengitar semula sisa E-Waste. Selain itu, peserta juga telah dimaklumkan tentang kelebihan dan kebaikan mengitar semula sisa E-Waste dan salah satunya adalah dapat menjaga alam semulajadi dan kawasan persekitaran.
AKTIVITI
Para peserta telah diminta untuk mengenalpasti sisa E-Waste yang terdapat di kediaman mereka. Kemudian, mereka dikehendaki membawa sisa E-Waste tersebut ke Pusat Internet Komuniti Kampung Kuala Kerik untuk dimasukkan ke dalam kotak pengumpulan sisa E-Waste.
Tarikh : 28/10/2021 Masa : 03.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Komuniti Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Peserta telah didedahkan kepada penggunaan dan kepentingan 'Seller Centre' kepada peniaga atas talian. Tujuan pendedahan ini adalah untuk memudahkan urusan harian peserta sebagai peniaga atas talian.
AKTIVITI
Melalui kelas ini, peserta telah mempelajari cara untuk mengira keuntungan menggunakan 'Seller Centre' di akaun Shopee. Selain itu, peserta juga telah mempelajari cara untuk mengemaskini status produk jualan di akaun Shopee peserta.
Tarikh : 08/10/2021 Masa : 03.30pm - 05.30pm Tempat : Pusat Internet Komuniti Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Memperkenalkan penggunaan Microsoft Powerpoint para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini bertujuan untuk melahirkan komuniti yang celik IT dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
AKTIVITI
Para peserta diminta untuk menghasilkan 'slides' Powerpoint yang bertemakan 'Diri Saya'. Para peserta juga telah mempelajari cara untuk memuat turun gambar menggunakan internet dan sebagainya. Pada akhir kelas, para peserta telah dihadiahkan sehelai baju T sebagai tanda tahniah kerana telah berjaya menghasilkan 'slides' dengan baik sekali.