Tarikh          : 19/03/2021

Masa           : 10.00am - 11.00am

Tempat        : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta        : 4 peserta

TUJUAN

Komuniti setempat didedahkan kepada Dasboard Komuniti yang merupakan satu aplikasi khas yang telah dibina untuk merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.

AKTIVITI

Peserta telah diminta untuk mengulas tentang keadaan atau memberi pandangan tentang pandemik Covid-19. Para peserta telah meninggalkan komen dan pesanan yang positif untuk komuniti setempat.

Lihat Gambar Disini

Tarikh        : 16/03/2021

Masa         : 03.00pm - 06.00pm

Tempat      : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta      : 4 peserta

TUJUAN

Kenali E-Waste diadakan bertujuan untuk mendedahkan para peserta yang terdiri daripada golongan wanita terhadap E-Sisa yang lebih dikenali sebagai E-Waste yang merupakan barang-barang kelengkapan/peralatan yang tidak lagi digunakan oleh pengguna asal (original user) dan tidak lagi memberi apa-apa nilai kepada pengguna tersebut.

AKTIVITI

Para peserta diberi penerangan dan penjelasan oleh petugas tentang E-Waste. Kemudian, mereka diberikan tugasan untuk mengenali bahan-bahan E-Waste dengan menjawab soalan yang dikemukan oleh petugas.

Lihat Gambar Disini

Tarikh           : 03/03/2021

Masa            : 02.30pm - 5.30pm

Tempat         : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta         : 3 peserta

TUJUAN

Bengkel Adobe diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada asas-asas penggunaan Adobe Illustrator. Pendedahan kepada asas penggunaan Adobe Illustrator dapat melahirkan komuniti yang celik IT dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

AKTIVITI

Peserta yang hadir dipaparkan dengan sebuah video yang mengandungi asas-asas penggunaan Adobe Illustrator. Peserta juga dapat membiasakan diri dengan penggunaan Adobe Illustrator sebelum bengkel tamat.

Lihat Gambar Disini

Tarikh         : 12/03/2021

Masa          : 09.00am - 06.00pm

Tempat       : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta       : 8 peserta

TUJUAN

Kuiz Sambutan Israk Mikraj diadakan bertujuan untuk memperlihatkan dan memberi kesedaran akan kebesaran Allah S.W.T, memperingati dan membesarkan peristiwa agung Israk dan Mikraj junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang mempunyai banyak rahsia dan hikmahnya. Kuiz ini juga bertujuan untuk berkongsi kepada orang ramai mengenai keindahan Islam.

AKTIVITI

10 soalan objektif telah disediakan dan peserta hanya perlu mengakses soalan kuiz tersebut melalui pautan "Google Form" yang telah disediakan di Facebook Pusat Internet Kuala Kerik.

Tarikh            : 26/02/2021

Masa             : 10.00am - 12.00pm

Tempat          : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta          : 6 peserta

TUJUAN

Bengkel Dashboard diadakan bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada website Sebenarnya.my. yang merupakan sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya.

AKTIVITI

Peserta diberikan satu soalan berkaitan dengan Sebenarnya.my. Kemudian peserta dikehendaki menjawab soalan tersebut dengan memaparkan jawapan yang paling tepat di dashboard.

Lihat Gambar Disini