Tarikh   : 14/09/2020

Masa    : 03.00am - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 1 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan Microsoft Word kepada peserta. Selain itu, ia sebagai kemahiran baru dalam menggunakan Microsoft Word dan ia dapat meningkatkan lagi kemahiran Microsoft Word peserta. Disamping itu, ia dapat melahirkan komuniti yang celik IT.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti kepada peserta. Peserta diajar cara menggunakan fungsi Microsoft Word dengan betul dan peserta diberikan tugasan untuk memantapkan kemahiran peserta.

Lihat Gambar Disini

Tarikh   : 05/09/2020

Masa    : 10.00am - 01.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 3 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan dan penerangan tentang MIV kepada peserta yang terlibat. Selain itu, ia juga mempunyai pendekatan yang berbeza di mana program ini dapat membantu komuniti untuk menggunakan faedah ICT. Disamping itu, ia dapat memberi pemahaman yang jelas tentang objektif MIV ini dijalankan dan pada masa yang sama memastikan sukarelawan yang terlibat dapat melaksanakan tugasan dengan baik.

 

AKTIVITI

Penerangan MIV kepada sukarelawan MIV oleh panel MIV. Selain itu, antara pengisian ialah penerangan Klik Dengan Bijak seperti Sebenarnya.my, Maklumat Palsu, Cybergenius dan banyak lagi. Peserta juga diberikan tugasan selama 2 bulan yang perlu dilakukan untuk berkempen kepada komuniti. Disamping itu, sesi soal jawab juga diadakan bagi menjawab soalan daripada sukarelawan.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 18/08/2020

Masa    : 03.00am - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 9 peserta

 

TUJUAN

Untuk mencungkil kreatif dan bakat peserta dalam mereka poster bertemakan Pusat Internet. Selain itu, ia dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam ICT seterusnya melahirkan komuniti yang digital. Disamping itu, ia dapat menggalakkan komuniti untuk terus aktif dengan Pusat Internet.

 

AKTIVITI

Penerangan dan pengenalan kelas poster oleh Petugas. Peserta mencipta email terlebih dahulu sambil dibantu Petugas. Selepas itu, peserta mencipta poster mengikut tema yang diberikan. Selain itu, peserta mencari idea dengan melayari Google untuk membuat poster lebih menarik.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 28/08/2020

Masa    : 03.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 6 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan kepada multimedia kepada peserta dengan mengikuti kelas poster yang dianjurkan. Selain itu, ia dapat melahirkan komuniti yang berdigital dan berICT dan dapat membudayakan ICT di kalangan komuniti setempat.


AKTIVITI

Pengenalan kelas poster oleh Petugas. Peserta mencipta email terlebih dahulu sambil dibantu Petugas. Selepas itu, peserta mencipta poster mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan tema yang diberikan. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk membantu mereka mencipta poster dengan lebih baik.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 11/08/2020

Masa    : 10.00am - 12.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 1 peserta


TUJUAN

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar membuat resume untuk memohon pekerjaan selepas alam persekolahan. Selain itu, peserta juga dapat belajar tentang teknik penulisan Resume yang ramai digunakan calon. Disamping itu, ia juga dapat memudahkan peserta memohon pekerjaan dengan Resume yang menarik.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti yang diadakan. Peserta juga diajar cara menulis Resume dengan betul menggunakan kaedah yang betul. Selain itu, peserta juga diajar cara menambah template yang sesuai serta kemahiran membentangkan maklumat penting.

Lihat Gambar Disini