Tarikh   : 03/02/2020

Masa    : 2.00pm - 4.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 2 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan kepada gmail kepada peserta. Ia juga sebagai pembelajaran dalam mencipta akaun emel. Disamping itu, peserta diajar mengaplikasikan emel dalam kehidupan seharian supaya dapat memudahkan segala urusan

 

AKTIVITI

Penerangan kepada peserta tentang aktiviti. Peserta mencipta akaun gmail dengan mengikut setiap langkah sambil dibantu petugas. Selain itu, peserta diajar cara menggunakan emel dengan betul dan fungsinya dalam urusan kerja. Disamping itu, peserta diterapkan dengan nilai KDB bagi memupuk penggunaan internet dengan bijak.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 30/01/2020

Masa    : 3.00pm - 6.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 20 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan serta pembelajaran kepada peserta tentang kepentingan Kempen E-Waste kepada bumi dan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan memberi kesedaran kepada para peserta tentang isu E-Waste. Ia juga, dapat mempromosikan Kempen E-Waste kepada komuniti.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang E-Waste kepada peserta. Peserta diajar cara mencari maklumat tentang E-Waste seperti kepentingannya, perkakasan E-Waste dan lain-lain lagi di internet. Selain itu, peserta berbincang tentang cara kitar semula perkakasan E-Wste dan cara menjaga bumi dari tercemar. Disamping itu, peserta menjawab kuiz bagi menguji peserta tentang E-Waste.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 12/01/2020

Masa    : 3.00pm - 5.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 5 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan tentang Dashboard Pusat Internet kepada peserta. Selain itu, dan ia dapat merapatkan PI dan komuniti setempat. Ia juga dapat membudayakan Dashboard Komuniti ini dikalangan komuniti. Disamping itu, ia juga dapat mempromosikan Dashboard Komuniti dan PI kepada komuniti.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang Dashboard Pusat Internet kepada peserta yang terlibat. Peserta diterangkan fungsi Dashboard Komuniti dan kepentingannya kepada masyarakat.  Peserta diajar menggunakan ruangan 'My Komuniti' sebagai pendedahan untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Lihat Gambar Disini

 

 

Tarikh   : 20/01/2020

Masa    : 3.00pm - 6.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 5 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan kepada peserta. Selain itu, ia sebagai latihan kepada peserta dalam mempelajari Microsoft Publisher. Selain itu, ia dapat memudahkan seseorang untuk membuat kad, jadual, catalog dan sebagainya. Disamping itu, ia dapat menjadikan peserta lebih kreatif dalam melakukan tugasan yang berkaitan Miscrosoft Publisher.  Ia juga dapat melahirkan komuniti yang celikt ICT dan mampu berdaya saing serta menjadikan PI sebagai pusat komuniti ICT sejagat.

 

AKTIVITI

Penerangan kepada peserta tentang aktiviti. Peserta membuat brochures menggunakan Microsoft Publisher sambil dibantu petugas. Selain itu, peserta diterangkan fungsi Microsoft Publisher dan kegunaanya dalam aktiviti seharian. Peserta juga menggunakan templates serta design yang ada bagi nampak lebih menarik dan kemas.

Lihat Gambar Disini

 

 

Tarikh   : 07/01/2020

Masa    : 3.00pm - 5.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 3 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan kepada peserta tentang media sosial. Selain itu, ia dapat melahirkan pengguna media sosial yang berhemat dan bijak. Ia juga dapat membantu peserta untuk mengikut peredaran zaman masa kini. Disamping itu, ia juga dapat menjadikan PI sebagai pusat ICT komuniti

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti kepada peserta. Peserta mendaftar akaun Instagram sambil dibantu Petugas. Petugas memberi tunjuk ajar tentang fungsi Instagram dan membantu Peserta menggunakan Instagram dengan betul. Selain itu, peserta juga diajar tentang cara menggunakan media sosial dengan betul melalui kempen KDB supaya peserta menjadi pengguna internet yang berhemah.

Lihat Gambar Disini