Tarikh   : 05/11/2019

Masa    : 8.30pm - 12.30pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 150 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan ICT dan kesedaran kesihatan kepada komuniti. Selain itu, ia dapat menarik pengunjung untuk datang ke PI dan dapat mengeratkan PI dengan komuniti.

 

AKTIVITI

Pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan serta pemeriksaan gigi oleh Klinik Pergigian kepada komuniti. Aktiviti fizikal turut diadakan seperti zumba dan demotrasi memberus gigi bagi Tabika serta Explorace ICT bagi sekolah rendah. Selain itu, komuniti diberi taklimat kesihatan dari Klinik Pergigian dan tayangan video KDB kepada komuniti. Komuniti juga diberi pendedahan ICT dengan menghadiri bengkel ICT yang diadakan. Disamping itu, pelbagai pertandingan turut diadakan seperti Kuiz ICT dan Gaya Hidup Sihat serta Lets Spy. Aktiviti Dashboard Komuniti juga diadakan kepada komuniti.

Lihat Gambar Disini

 

 

Tarikh   : 21/10/2019

Masa    : 3.00pm - 5.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 4 peserta

 

TUJUAN

Untuk meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan peserta. Selain itu, ia juga dapat menarik minat peserta untuk belajar Bahasa Inggeris dan mempraktikannya dalam kehidupan seharian.

 

AKTIVITI

Penerangan kepada peserta. Peserta membuka web Bahasa Inggeris online dan mengulangkaji berdasarkan soalan yang diberi. Selain itu, peserta diajar speaking Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi. Disamping itu, peserta diajar menggunakan perkataan yang betul ketika berspeaking Inggeris.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 10/10/2019

Masa    : 3.00pm - 6.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 12 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan ICT dengan cara beraktiviti. Ia dapat meningkatkan kemahiran ICT para peserta dan dapat mempelajari ICT dengan aktiviti yang seronok. Selain itu, ia dapat mewujudkan nilai kerjasama berpasukan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Disamping itu, ia dapat meluangkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti kepada peserta. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan melantik ketua kumpulan. Peserta memcari soalan dan task berkaitan ICT yang disembunyi di beberapa tempat. Selepas itu, peserta menjawab task di My Komuniti dan peserta yang menjawab dengan betul serta pantas dikira pemenang.

Lihat Gambar Disini

Tarikh   : 13/10/2019

Masa    : 3.00pm - 5.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 4 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan media sosial terutama Instagram kepada peserta. Dengan bengkel ini, ia dapat meningkatkan kemahiran menggunakan media sosial khususnya Instagram. Selain itu, ia dapat melahirkan pengguna media sosial yang berhemat dan bijak. Disamping itu, ia dapat menjadikan PI sebagai pusat ICT komuniti di sini.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti. Peserta mendaftar akaun Instagram sambil dibantu Petugas. Petugas memberi tunjuk ajar tentang fungsi Instagram dan membantu Peserta menggunakan Instagram dengan betul.

Lihat Gambar Disini

 

 

HARI BERSAMA KOMUNITI PI KAMPUNG KUALA KERIK 2019

Tarikh   : 27/09/2019

Masa    : 1.00pm - 12.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 123 peserta

 

TUJUAN

Mempromosikan PI dan fungsinya kepada masyarakat setempat. Selain itu, ia dapat mendekatkan PI dengan komuniti dan dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan (My Health) dan Taklimat Kesihatan kepada pengunjung. Selain itu, pengungjung dapat menambah ilmu dengan mengikuti Bengkel ICT yang disediakan oleh PI. Ibubapa pula didedahkan dengan Bengkel Pengawasan Ibu Bapa di Internet (Parental Control) dan KDB sebagai langkah keselamatan kepada anak mereka. Disamping itu, aktiviti Dashboard Komuniti seperti Taklimat Dashboard Komuniti dan Pertandingan Mengarang di (My Komuniti) turut diadakan untuk menambah pengetahuan pengunjung tentang Dashboard Komuniti. Bagi kanak-kanak bawah 6 tahun, mereka disediakan aktiviti Mewarna dan Pengenalan ICT untuk pengetahuan mereka. Sukaneka turut diadakan bagi memeriahkan suasana di majlis.

Lihat Gambar Disini