Tarikh   : 19/11/2019

Masa    : 3.00pm - 6.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 10 peserta

 

TUJUAN

Mempelajari formula matematik untuk kegunaan masa akan datang. Selain itu, ia dapat meningkatkan kemahiran matematik dan dapat menjadikan latihan ini sebagai medium untuk melahirkan komuniti celik matematik. Ia juga dapat membantu peserta yang lemah matematik untuk lebih mahir dalam pembelajaran di sekolah. Disamping itu, aktiviti ini dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti kepada peserta. Peserta membuka web Math Online dan menjawab soalan yang disediakan. Selain itu, peserta mengkaji formula matematik dan mempraktikkanya mengikut soalan yang disediakan. Disamping itu, peserta didedahkan cara menjawab soalan matematik secara online dalam sesi perbincangan yang diadakan.

Lihat Gambar Disini

 

 

Tarikh   : 11/11/2019

Masa    : 3.00pm - 6.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 2 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan kepada peserta yang terlibat. Selain itu, ia untuk mempelajari cara mencipta video sendiri supaya lebih mahir dan berdaya digital di masa akan datang. Selain itu, ia dapat mewujudkan komuniti yang celik IT dan berwawasan. Di samping itu, ia dapat menarik lebih ramai pengguna untuk menghadiri bengkel yang disediakan di PI.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti. Peserta diajar cara menyunting gambar untuk menghasilkan video mengikut kreativiti sendiri. Selain itu, peserta diajar cara memasukkan muzik lagu dalam video. Disamping itu, peserta juga diajar untuk mengolah video supaya lebih menarik.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 21/10/2019

Masa    : 3.00pm - 5.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 4 peserta

 

TUJUAN

Untuk meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan peserta. Selain itu, ia juga dapat menarik minat peserta untuk belajar Bahasa Inggeris dan mempraktikannya dalam kehidupan seharian.

 

AKTIVITI

Penerangan kepada peserta. Peserta membuka web Bahasa Inggeris online dan mengulangkaji berdasarkan soalan yang diberi. Selain itu, peserta diajar speaking Bahasa Inggeris ketika berkomunikasi. Disamping itu, peserta diajar menggunakan perkataan yang betul ketika berspeaking Inggeris.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 05/11/2019

Masa    : 8.30pm - 12.30pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 150 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan ICT dan kesedaran kesihatan kepada komuniti. Selain itu, ia dapat menarik pengunjung untuk datang ke PI dan dapat mengeratkan PI dengan komuniti.

 

AKTIVITI

Pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan serta pemeriksaan gigi oleh Klinik Pergigian kepada komuniti. Aktiviti fizikal turut diadakan seperti zumba dan demotrasi memberus gigi bagi Tabika serta Explorace ICT bagi sekolah rendah. Selain itu, komuniti diberi taklimat kesihatan dari Klinik Pergigian dan tayangan video KDB kepada komuniti. Komuniti juga diberi pendedahan ICT dengan menghadiri bengkel ICT yang diadakan. Disamping itu, pelbagai pertandingan turut diadakan seperti Kuiz ICT dan Gaya Hidup Sihat serta Lets Spy. Aktiviti Dashboard Komuniti juga diadakan kepada komuniti.

Lihat Gambar Disini

 

 

Tarikh   : 13/10/2019

Masa    : 3.00pm - 5.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 4 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan media sosial terutama Instagram kepada peserta. Dengan bengkel ini, ia dapat meningkatkan kemahiran menggunakan media sosial khususnya Instagram. Selain itu, ia dapat melahirkan pengguna media sosial yang berhemat dan bijak. Disamping itu, ia dapat menjadikan PI sebagai pusat ICT komuniti di sini.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti. Peserta mendaftar akaun Instagram sambil dibantu Petugas. Petugas memberi tunjuk ajar tentang fungsi Instagram dan membantu Peserta menggunakan Instagram dengan betul.

Lihat Gambar Disini