HARI BERSAMA KOMUNITI PI KAMPUNG KUALA KERIK 2019

Tarikh   : 27/09/2019

Masa    : 1.00pm - 12.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 123 peserta

 

TUJUAN

Mempromosikan PI dan fungsinya kepada masyarakat setempat. Selain itu, ia dapat mendekatkan PI dengan komuniti dan dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat.

 

AKTIVITI

Pelbagai aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan (My Health) dan Taklimat Kesihatan kepada pengunjung. Selain itu, pengungjung dapat menambah ilmu dengan mengikuti Bengkel ICT yang disediakan oleh PI. Ibubapa pula didedahkan dengan Bengkel Pengawasan Ibu Bapa di Internet (Parental Control) dan KDB sebagai langkah keselamatan kepada anak mereka. Disamping itu, aktiviti Dashboard Komuniti seperti Taklimat Dashboard Komuniti dan Pertandingan Mengarang di (My Komuniti) turut diadakan untuk menambah pengetahuan pengunjung tentang Dashboard Komuniti. Bagi kanak-kanak bawah 6 tahun, mereka disediakan aktiviti Mewarna dan Pengenalan ICT untuk pengetahuan mereka. Sukaneka turut diadakan bagi memeriahkan suasana di majlis.

Lihat Gambar Disini