Tarikh   : 14/08/2019

Masa    : 10.00am - 01.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 6 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan kepada peserta tentang cara mendaftar akaun media sosial iaitu akaun Facebook. Selain itu, ia dapat meningkatkan tahap ICT bagi peserta dan dapat pendedahan media sosial seiring dengan dunia teknologi sekarang.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti kepada peserta yang terlibat. Peserta diajar membuka akaun Facebook dengan betul dan didedahkan dengan fungsi Facebook kepada masyarakat. Selain itu, peserta juga diajar tentang cara menggunakan Facebook dengan betul melalui kempen KDB supaya peserta menjadi pengguna internet yang berhemah.

Lihat Gambar Disini

 

 

Tarikh   : 03/08/2019

Masa    : 10.00am - 12.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 4 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan kepada peserta menggunakan aplikasi Paint yang terdapat di komputer. Ia juga untuk mencungkil bakat para peserta untuk melukis dan mewarna pada aplikasi tersebut. Selain itu, ia juga sebagai pembelajaran kepada peserta untuk digunakan pada masa akan datang.

 

AKTIVITI

Petugas memberi penerangan tentang aktiviti yang dijalankan. Peserta juga diajar tentang cara menggunakan aplikasi Paint beserta fungsinya. Selain itu, peserta melukis dan mewarna mengikut kreativiti masing-masing sambil dibantu petugas.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 25/07/2019

Masa    : 3.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 8 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan tentang Multimedia kepada peserta. Selain itu, ia dapat meningkatkan pengetahuan tentang Multimedia dan dapat mempraktikan di masa akan datang. Disamping itu juga, ia dapat menjadikan komuniti yang berICT dan berdaya saing dalam teknologi dunia. Ia juga dapat mewujudkan komuniti yang berwawasan digital dan celik it.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang Multimedia kepada peserta berdasarkan slaid yang diberi. Peserta juga diajar mencari maklumat di internet berkaitan Multimedia untuk memantapkan pengetahuan peserta. Selain itu, peserta juga ditekankan tentang fungsi Multimedia dan cara menggunakan dengan betul.

Lihat Gambar Disini

 

 

BENGKEL USAHAWAN (PEMBUATAN KEK)

Tarikh   : 28/07/2019

Masa    : 10.00pm - 3.00pm

Tempat : Bengkel Masakan Puan Shamsiah 

Peserta : 15 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan kepada peserta yang terlibat tentang aktiviti. Selain itu, ia dapat memantapkan pengetahuan tentang membuat kek dan dapat menjadikan aktiviti ini sebagai hobi di masa lapang. Disamping itu, bengkel ini dapat melahirkan wanita yang berinovasi tentang dunia kek. Ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahhim antara komuniti beserta dapat membantu menjadikan komuniti yang berwawasan. Bengkel ini juga dapat melahirkan lagi usahawan wanita di masa akan datang.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti dan cara-cara membuat kek daripada Pn Shamsiah. Peserta diberikan resepi dan tunjuk ajar tentang cara membuat kek dengan betul. Selain itu, peserta didedahkan dengan peralatan pembuatan kek serta fungsinya. Disamping itu, peserta diajar tentang bahan-bahan untuk membuat kek dan sukatan bahan yang diperlukan. Peserta juga diberi peluang untuk bertanya soalan bagi memambahkan lagi pengetahuan tentang pembuatan kek.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 18/07/2019

Masa    : 3.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 8 peserta

 

TUJUAN

Meningkatkan pengetahuan ICT dan dapat mempelajari ilmu ICT dengan berkesan. Selain itu, ia dapat melahirkan komuniti yang celik IT serta dapat meningkatkan budaya IT dikalangan peserta.

 

AKTIVITI

Penerangan dari Petugas tentang aktiviti. Peserta membuka web yang diberikan dan menjawab Kuiz ICT Online. Peserta diberikan masa dan peserta juga boleh mencari maklumat di internet.

Lihat Gambar Disini