E-PEMBELAJARAN (TUTORIAL MEWARNA ONLINE)

Tarikh   : 28/03/2019

Masa    : 02.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 6 peserta

 

TUJUAN

Mempelajari cara dan kaedah mewarna online di internet. Selain itu, aktiviti ini dapat menjadikan peserta celik it dan berfikiran kreatif. Ia juga dapat menarik peserta untuk datang ke PI sekaligus menjadikan PI sebgai tempat ICT komuniti.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti yang dijalankan. Peserta membuka web colouring online dan mewarna mengikut tema yang diberikan. Selain itu, peserta diajar cara menggunakan internet dan cara mewarna online dengan betul.

Lihat Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh   : 21/03/2019

Masa    : 02.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 6 peserta

 

TUJUAN

Membuat permohoan PRA Sekolah Online bagi tahun 2020. Ia juga dapat membolehkan peserta mengenal ICT dan asas komputer. Selain itu, ia dapat membantu ibubapa mengenalpasti PRA Sekolah yang terdekat. Disamping itu, bengkel seperti ini membolehkan ibubapa celik IT seiring dengan dunia teknologi sekarang.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang bengkel yang dijalankan oleh Petugas. Ibubapa membuat akaun gmail terlebih dahulu untuk mendaftar PRA Sekolah Online. Selepas itu, ibubapa mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap untuk menghantar permohonan.

Lihat Gambar Disini

 

 

Tarikh   : 03/03/2019

Masa    : 03.00am - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 2 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan Adobe Photoshop kepada peserta yang terlibat untuk lebih mengenali perisian Adobe Photoshop secara umumnya. Ia juga dapat mengembangkan kreativiti serta bakat peserta dalam melahirkan komuniti yang celik IT. Selain itu, ia membantu meningkatkan kemahiran mengedit gambar dan grafik digital. Disamping itu, ia juga dapat memahami secara amnya penggunaan Adobe Photoshop serta mampu menghasilkan imej grafik yang menariuk.

 

AKTIVITI

Penerangan pengenalan tentang Adobe Photoshop daripada Petugas. Selain itu, peserta diajar untuk mengedit gambar menggunakan panel yang disediakan di Adobe Photoshop. Disamping itu, peserta juga mengolah gambar supaya ia lebih kemas dan menarik. Peserta juga merekacipta logo mengikut tema yang diberikan dan mempelajari teknik penghasilan teks yang menarik.

Lihat Gambar Disini

 

 

Tarikh   : 11/03/2019

Masa    : 10.00am - 12.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 4 peserta

 

TUJUAN

Membuat permohonan ke Institusi Pengajian Awam secara online. Ia juga dapat memudahkan peserta untuk memilih jurusan pengajian dan Institusi yang diingini.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti beserta langkahnya. Selepas itu, peserta mengisi permohonan ke Universiti Awam secara atas talian sambil dibantu oleh Petugas.

Lihat Gambar Disini

 

 

BENGKEL DAN KUIZ DASHBOARD KOMUNITI

Tarikh   : 25/03/2019

Masa    : 02.00pm - 04.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 7 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan kepada Dashboard Komuniti dan pengenalan Dashboard Komuniti kepada peserta yang hadir. Selain itu, ia dapat mengasah pemikiran peserta dalam menyelesaikan Kuiz yang diberikan. Ia juga dapat menjadikan aktiviti seperti ini sebagai aktiviti yang berfaedah kepada para peserta.

 

AKTIVITI

Penerangan Dashboard Komuniti kepada peserta. Peserta juga membuka Dashboard Komuniti dan membuat pengumuman di ruangan My Komuniti. Selain itu, peserta menjawab Kuiz yang diberikan didalam Dashboard Komuniti.

Lihat Gambar Disini