Tarikh   : 09/04/2019

Masa    : 03.00am - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 3 peserta

 

TUJUAN

Membuat permohonan online Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2020/2021. Selain itu, bengkel ini dapat mendekatkan ibubapa dengan PI dan dapat menjadikan sebagai pusat ICT komuniti.  Disamping itu, ia dapat memberi pengetahuan tentang ICT kepada ibubapa serta dapat mengetahui cara mengisi permohonan online Tahun 1.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang bengkel oleh Petugas meliputi cara-cara mengisi permohonan kepada ibubapa yang hadir. Selepas diberi penerangan, ibubapa mengisi permohonan online sambil dibantu oleh Petugas.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 01/04/2019

Masa    : 03.00am - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 10 peserta


TUJUAN

Sebagai pendedahan perisian Paint kepada para peserta. Ia juga dapat menjadikan peserta celik kreativiti dan dapat mencungkil bakat melukis menggunakan Paint. Disamping itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran melukis dan dapat melahirkan peserta yang bernovasi ICT. Selain itu, ia dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah serta menjadikan PI sebagai pusat ICT komuniti terbaik.

 

AKTIVITI

Penerangan perisian Paint kepada peserta dan aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu, peserta mencari gambar daripada internet untuk dijadikan rujukan tema aktiviti. Peserta melukis menggunakan Paint mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, saguhati juga diberikan kepada peserta yang lukisannya paling kreatif dan menarik.

Lihat Gambar Disini

 

 

 

Tarikh   : 21/03/2019

Masa    : 02.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 6 peserta

 

TUJUAN

Membuat permohoan PRA Sekolah Online bagi tahun 2020. Ia juga dapat membolehkan peserta mengenal ICT dan asas komputer. Selain itu, ia dapat membantu ibubapa mengenalpasti PRA Sekolah yang terdekat. Disamping itu, bengkel seperti ini membolehkan ibubapa celik IT seiring dengan dunia teknologi sekarang.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang bengkel yang dijalankan oleh Petugas. Ibubapa membuat akaun gmail terlebih dahulu untuk mendaftar PRA Sekolah Online. Selepas itu, ibubapa mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap untuk menghantar permohonan.

Lihat Gambar Disini

 

 

E-PEMBELAJARAN (TUTORIAL MEWARNA ONLINE)

Tarikh   : 28/03/2019

Masa    : 02.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 6 peserta

 

TUJUAN

Mempelajari cara dan kaedah mewarna online di internet. Selain itu, aktiviti ini dapat menjadikan peserta celik it dan berfikiran kreatif. Ia juga dapat menarik peserta untuk datang ke PI sekaligus menjadikan PI sebgai tempat ICT komuniti.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti yang dijalankan. Peserta membuka web colouring online dan mewarna mengikut tema yang diberikan. Selain itu, peserta diajar cara menggunakan internet dan cara mewarna online dengan betul.

Lihat Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh   : 11/03/2019

Masa    : 10.00am - 12.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 4 peserta

 

TUJUAN

Membuat permohonan ke Institusi Pengajian Awam secara online. Ia juga dapat memudahkan peserta untuk memilih jurusan pengajian dan Institusi yang diingini.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti beserta langkahnya. Selepas itu, peserta mengisi permohonan ke Universiti Awam secara atas talian sambil dibantu oleh Petugas.

Lihat Gambar Disini