KELAS DIGITAL
Tarikh : 31/01/2019 Masa : 03.00pm - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 8 peserta |
TUJUAN
Memberi pendedahan tentang ICT dan supaya dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Ia juga dapat menarik minat peserta untuk datang ke PI dan mengikuti kelas di PI.
AKTIVITI
Penerangan tentang aktiviti yang dijalankan dan peserta mewarna online mengikut tema masing-masing sambil dibantu petugas.
Tarikh : 24/01/2019 Masa : 03.00pm - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 15 peserta |
TUJUAN
Sebagai pendedahan dan motivasi kepada peserta untuk belajar bersungguh-sungguh. Ia juga dapat memberi semangat kepada peserta dalam membuat latihan sekolah dan dapat membuat dan menyusun jadual belajar sendiri. Selain itu, ia dapat memberi lebih galakan kepada peserta untuk berdikari dalam belajar.
AKTIVITI
Tayangan video motivasi kepada peserta yang terlibat dan petugas memberi penerangan berdasarkan video tersebut. Peserta juga membuat catatan dan berbincang tentang perancangan pembelajaran.
Tarikh : 11/01/2019 Masa : 03.00pm - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 12 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada peserta tentang perkakasan komputer dan fungsinya. Ia juga dapat meningkatkan tahap pemahaman tentang cara menggunakan pendrive dan fungsinya. Selain itu, ia dapat memberi pengetahuan tentang asas komputer dan dapat digunakan pada masa depan. Disamping itu, ia dapat menarik lebih ramai untuk datang ke PI. Aktiviti ini juga dapat menjadikan masyarakat yang celik it dan menjadikan PI sebagai pusat ICT di komuniti.
AKTIVITI
Penerangan kepada peserta tentang kelas yang dijalankan. Penerangan juga diberikan tentang fungsi perkakasan komputer dan penerangan tentang fungsi pendrive. Peserta diajar cara save picture dari google image ke dalam komputer. Selain itu, peserta diajar insert gambar dari komputer ke dalam Microsoft Word dengan bantuan petugas. Disamping itu juga peserta diajar untuk save tugasan Microsoft Word didalam pendrive dan cara eject pendrive.
Tarikh : 17/01/2019 Masa : 10.00am - 01.00pm Tempat : Pusat Internet Pekan Sik Peserta : 5 peserta |
TUJUAN
Bengkel ini dijalankan untuk memperkasakan kembali Klik Dengan Bijak kepada petugas di mana petugas akan memberikan kembali taklimat tersebut kepada komuniti.ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ilmu klik dengan bijak, memperkenalkan modul-modul baru dan melatih petugas bagi membolehkan petugas memberikan taklimat kepada komuniti.
AKTIVITI
Penerangan oleh Petugas PI tentang modul KDB yang terkini dan melatih Petugas PI untuk meningkatkan kesedaran KDB kepada masyarakat.
Tarikh : 03/01/2019 Masa : 03.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 8 peserta |
TUJUAN
Untuk berkongsi ilmu dan bertukar pendapat mengenai ICT. Selain itu, ia dapat memberi pengetahuan yang berguna untuk peserta dan dapat digunakan pada masa hadapan. Disamping itu, ia juga dapat menggalakkan peserta untuk datang ke PIM dan mengikuti aktiviti di PIM.
AKTIVITI
Penerangan oleh Petugas kepada peserta yang terlibat. Peserta memilih tajuk berdasarkan ICT dan menghuraikan tajuk tersebut mengikut pemahaman peserta. Selain itu, peserta juga boleh berbincang dan memberi pendapat kepada peserta lain.