BENGKEL MEDIA BARU
Tarikh : 26/12/2018 Masa : 10.00am - 12.00am Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Pendedahan tentang media sosial seperti Facebook kepada peserta. Selain itu, ia dapat membentuk peserta yang celik IT dan dapat mengikuti peredaran zaman.
AKTIVITI
Peserta mendaftar akaun Facebook sambil dibantu petugas. Selain itu, peserta diterangkan fungsi dan cara menggunakan dengan betul melalui kempen Klik Dengan Bijak. Disamping itu, peserta juga diajar cara memuat foto dan video ke dalam Facebook.
Tarikh : 20/12/2018 Masa : 08.00am - 01.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 80 peserta |
TUJUAN
Untuk memberi pengetahuan dan memupuk sikap komuniti tentang pemakanan sihat dan cara hidup sihat. Selain itu, ia untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran masyarakat tentang amalan makan secara sihat seterusnya mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit. Disamping itu, ia dapat menjadikan komuniti yang aktif dan menjalani hidup yang sihat. Ia juga dapat menhindari kita daripada terjejas segala penyakit dan dapat membantu masyarkat untuk lebih prihatin dengan tahap kesihatan.
AKTIVITI
Program dimulakan dengan Larian Jom Sihat oleh beberapa peserta komuniti. Aktiviti ini dapat membantu menyihatkan dan dapat menaikkan stamina dalaman peserta. Selepas itu pemeriksaan kesihatan (My Health) kepada komuniti yang hadir. Selain itu, ceramah kesihatan juga diadakan oleh penceramah daripada Klinik Kesihatan. Ceramah diselang seling dengan Kuiz Kesihatan untuk menguji pemahaman komuniti tentang gaya hidup sihat. Disamping itu, Pertandingan Makan Menu Sihat dewasa dan kanak-kanak yang mendapat sambutan menggalakkan. Aktiviti lain juga ialah Kempen Mobile E-Waste untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang bumi hijau dan Pertandingan My Komuniti Sihat dan Mencipta Poster Jom Sihat serta melabel pusat kesihatan dalam Pertandingan My Place. Pertandingan My Shop dibuat kepada para usahawan tempatan dan komuniti.
Tarikh : 04/12/2018 Masa : 10.00am - 12.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 2 peserta |
TUJUAN
Untuk mencungkil bakat peserta melukis dan mewarna menggunakan aplikasi Paint. Selain itu, ia sebagai pendedahan kepada peserta untuk mempelajari cara menggunakan aplikasi Paint pada komputer. Disamping itu, ia dapat membuka pemikiran para peserta dan meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah.
AKTIVITI
Petugas memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada peserta. Peserta melukis mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan tema yang diberikan.
Tarikh : 09/12/2018 Masa : 10.00am - 12.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 7 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada Dashboard Komuniti terutamanya aplikasi My Shop kepada peserta. Selain itu, ia dapat mempromosikan produk di My Shop dan secara tidak langsung dapat membantu usahawan setempat dan sekitar Malaysia. Disamping itu, ia dapat memberi galakan kepada peserta dan komuniti untuk berniaga online. Ia juga dapat menarik komuniti untuk datang ke PI dan menjadikan komuniti yang berwawasan ICT.
AKTIVITI
Penerangan Dashboard Komuniti serta fungsi My Shop kepada peserta. Peserta diajar cara untuk menambah produk dan membeli produk di My Shop. Selain itu, peserta melhat dan mencari produk-produk yang ingin yang dijual di My Shop.
Tarikh : 29/11/2018 Masa : 10.00am - 01.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
Pembelajaran mencipta emel dapat memberi pendedahan kepada pelajar cara mencipta akaun gmail.Memahami cara pengunaan emel bagi urusan rasmi dan juga tidak rasmi.
AKTIVITI
Penerangan diberi mengikut setiap langkah yang perlu dilakukan bagi mencipta akaun gmail bagi penguna baru. Peserta dibimbing oleh pertugas agar dapat meghasilkan emel yang lengkap. Disamping itu, peserta diajar mengaplikasikan emel dalam kehidupan seharian supaya dapat memudahkan segala urusan seperti borang-borang permohonan secara atas talian yang memerlukan peserta mengisi maklumat email.Peserta dapat memahami cara dan fungsi menghasilkan emel dengan jayanya.