Tarikh : 13/11/2018 Masa : 02.00am - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Pendedahan Microsoft Movie Maker kepada peserta. Selain itu, ia juga untuk mengetengahkan ilmu dan elemen yang terdapat pada Movie Maker tersebut. Selain itu, program ini dapat meningkatkan kemahiran dan menjadikan peserta celik IT. Disamping itu, ia dapat mengetengahkan bakat peserta dalam penghasilan video.
AKTIVITI
Penerangan Movie Maker kepada peserta yang terlibat. Peserta diberi slaid Movie Maker untuk pemahaman peserta. Selain itu, peserta mencipta video menggunakan Movie Maker sambil dibantu oleh petugas. Disamping itu, peserta diajar memasukkan video dan gambar daripada komputer sebagai bahan mencipta video. Peserta juga diajar cara memasukkan "background' muzik pada video dan menggunakan menu yang ada untuk mencantikkan dan mengemas video supaya lebih tersusun.