Tarikh   : 15/07/2018

Masa    : 02.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 5 peserta

 

IMG 20180706 154847 COPY

 

TUJUAN

Sebagai pendedahan kepada peserta akan kemahiran menggunakan Microsoft Office Power Point untuk menyediakan pelbagai persembahan elektronik. Selain itu, program ini dapat menarik lebih ramai komuniti untuk mempelajari komputer dan menarik lebih ramai pengunjung ke PI. Ia juga dapat membantu dalam penyediaan slaid yang lebih efektif dan dapat memperbaiki mutu persembahan slaid. Disamping itu, ia dapat menjadikan komuniti yang celik IT.

 

AKTIVITI

Peserta membuat persembahan slaid dengan menggunakan format teks yang betul dan peserta juga menambah objek grafik di dalam persembahan slaid. Selain itu, peserta membuat dan menambah jadual didalam persembahan slaid. Disamping itu, peserta diajar menggunakan menu bar beserta fungsinya untuk kegunaan akan datang.

Lihat Gambar Disini

 

 

 

Tarikh   : 08/07/2018

Masa    : 02.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 18 peserta

 

IMG20180611161226 copy

 

TUUAN

Pendedahan kepada ICT kepada komuniti. Ia juga dapat memberi kesedaran tentang pengetahuan ICT untuk kegunaan akan datang. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu peserta lebih mahir dalam menggunakan komputer. Ia juga dapat membentuk komuniti yang berdigital dan intelektual dan dapat mengisi masa lapang dengan program yang berfaedah.

 

AKTIVITI

Peserta diberikan soalan berkaitan dengan ICT dan mencari jawapan dan maklumat di Internet. Peserta juga mempelajari komputer dan kepentingannya pada masa sekarang. Selain itu, peserta  mempelajari asas media baru seperti Instagram dan Facebook. Disamping itu, peserta mempelajari perkakasan komputer bagi meningkatkan pengetahuan tentang hardware komputer.

Lihat Gambar Disini

 

STORYBOARD@PI

Tarikh   : 27/06/2018

Masa    : 02.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 12 peserta

 

IMG20180523155255 copi

 

TUJUAN

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai StoryBoard. Ia juga dapat menambah pengetahuan peserta dalam menggunakan modul grafik yang menarik untuk menghasilkan sebuah cerita. Selain itu, aktiviti ini dapat menarik minat komuniti dalam menceburi penghasilan video pendek dan meningkatkan tahap ICT peserta.

 

AKTIVITI

Penerangan kepada peserta berkenaan aktiviti StoryBoard yang dijalankan. Seterusnya, peserta membina satu StoryBoard untuk satu video pendek berkisarkan kehidupan masa kini dan mempelajari setiap menu bar yang ada bagi menggunakan StoryBoard ini. Peserta menggunakan web StoryBoard Online untuk menghasilkan video pendek yang menarik. Selain itu, peserta diberikan tempoh masa dan boleh berbincang bagi mendapatkan idea untuk menghasilkan jalan cerita yang menarik.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 04/07/2018

Masa    : 02.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 26 peserta

 

IMG20180705152256 COPY

 

TUJUAN

Memberi pendedahan tentang Ms Word dan ICT. Selain itu, ia dapat mempromosikan Pusat Internet di sekitar komuniti dan menarik masyarakat untuk mendekati Pusat Internet. Ia juga dapat mewujudkan komuniti yang celik ICT dan membentuk masyarakat yang inovatif.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang ICT kepada peserta. Peserta membuat aktiviti Ms Word Contest yang diberikan oleh Petugas. Peserta menngunakan Ms Word dan mencari maklumat berkaitan teknologi maklumat.

Lihat Gambar Disini

 

 

Tarikh   : 18/06/2018

Masa    : 10.00am - 12.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 4 peserta

 

IMG 20180618 120844 COPI

 

TUJUAN

Pendedahan terhadap dunia internet kepada para peserta. Ia juga untuk berkomunikasi sesama manusia di seluruh dunia serta dapat menjadikan satu jaringan untuk bersocial. Selain itu, ia dapat mempercepatkan kerja manusia dan menjimatkan masa.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang internet kepada peserta dan peserta membuka laman web sebagai pemahaman menyeluruh. Selain itu, peserta digalakkan mengikuti Kempen KDB sebagai kaedah untuk berinternet secara selamat.

Lihat Gambar Disini