Tarikh : 28/03/2018 Masa : 02.00am - 5.00pm Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Kampung Kuala Kerik Peserta : 13 peserta |
TUJUAN
Ia bertujuan menggalakan komuniti lebih meminati bahasa Inggeris serta meningkatkan tahap penggunaan dari masa ke semasa. Selain itu, ia dapat memupuk semangat kerjasama antara komuniti dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
AKTIVITI
Peserta perlu membina ayat yang diberikan didalam Bahasa Inggeris dan perlu bercerita. Selain itu, peserta berbincang dan mencari maklumat di Internet bagi mendapatkan idea yang bernas. Aktiviti seterusnya peserta menjawab Kuiz Bahasa Inggeris sebagai kaedah pemahaman kepada peserta.
Tarikh : 24/03/2018 Masa : 09.00am - 11.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 10 peserta |
TUJUAN
Pendedahan terhadap perkakasan komputer kepada warga komuniti. Ia juga sebagai satu kaedah untuk mengenali perkakasan komputer dan teknologi dengan lebih mendalam.
AKTIVITI
Penerangan dan pengenalan terhadap perkakasan komputer. Selain itu, peserta juga diajar untuk menjaga perkakasan komputer supaya ia sentiasa bersih dan tahan lebih lama.
Tarikh : 13/03/2018 Masa : 10.00am - 01.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 7 Peserta |
TUJUAN
Bengkel ini mendedahkan peserta akan kemahiran menggunakan Microsoft Office Power Point untuk menyediakan pelbagai persembahan elektronik. Peserta juga didedahkan dengan kemahiran mengubahsuai penggunaan Microsoft Power Point dan juga menambah elok persembahan dengan menghasilkan satu persembahan yang efektif.
AKTIVITI
Penerangan tentang pengenalan Microsoft Power Point kepada peserta. Peserta diberi latihan dengan menghasilkan persembahan slaid serta mengformat teks pada slaid. Selain itu, peserta juga diajar menambah dan mengubah suai objek grafik, jadual serta carta didalam persembahan supaya nampak lebih menarik dan kemas.
Tarikh : 16/03/2018 Masa : 09.00am - 11.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 12 Peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada Dashboard Komuniti amnya My Soal. Ia sebagai satu cara komuniti untuk berhubung terus dengan pihak PBT di sekitar komuniti. Selain itu, aduan ini akan diambil penekanan oleh PBT dan menyelesaikannya secara berperingkat-peringkat.
AKTIVITI
Pengenalan tentang Dashboard Komuniti khususnya Modul My Soal kepada peserta. Peserta membuat aduan tentang masalah atau perkhidmatan komuniti kepada pihak PBT.
Tarikh : 04/03/2018 Masa : 10.00am - 01.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 5 Peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada Adobe Photoshop kepada peserta dan untuk mengembangkan kreativiti peserta dalam mengolah dan mereka bentuk grafik digital bagi pelbagai kegunaan. Ia juga bagi membantu peserta dalam penyuntingan dan memberi pengetahuan berguna untuk masa akan datang. Selain itu, ia dapat mengembangkan kemahiran dalam menghasilkan imej-imej baru.
AKTIVITI
Penerangan tentang pengenalan Adobe Photoshop serta peserta diajar untuk menggunakan peralatan dalam menu Adobe Photoshop dan menggunakan teknik dalam penghasilan imej. Selain itu, peserta mereka imej sendiri dan mengubah reka bentuk tulisan menjadi lebih kreatif serta inovatif. Peserta juga mengedit gambar untuk menghasilkan imej yang menarik.