Tarikh   : 24/02/2018

Masa    : 10.00pm - 01.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 7 Peserta

 

IMG20180224103001 COPY

 

TUJUAN

Untuk membolehkan komuniti berhubung antara satu sama lain dan satu kaedah menyalurkan maklumat kepada masyarakat setempat. Ia juga meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat sekali gus merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar.

 

AKTIVITI

Peserta diberikan penerangan tentang Dashboard Komuniti. Peserta log in masuk Dashboard Komuniti dan melihat serta menggunakan menu yang ada didalam Dashboard Komuniti. Disamping itu, peserta diajar cara menggunakannya dengan betul.

 

 BENGKEL USAHAWAN @ PI1M

Tarikh   : 21/02/2018

Masa    : 02.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 11 Peserta

 

IMG20180207150219 COPY

 

TUJUAN

Sebagai pendedahan dan menarik minat komuniti untuk menghasilkan seni kraftangan. Ia juga modul untuk menghasilkan komuniti yang kreatif dan berdaya saing. Selain itu, ia mampu menjana pendapatan peserta serta mampu mengembangkan daya berfikir peserta.

 

AKTIVITI

Penerangan dilakukan oleh Usahawan kepada peserta. Selepas itu, peserta diajar cara membuat bunga dan kraftangan menggunakan bahan kitar semula dan kertas. Peserta membuat kraftangan mengikut kreativiti peserta dan tema yang diberi.

 

Tarikh   : 07/02/2018

Masa    : 03.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 15 Peserta

 

IMG 20180203 171302 COPY

 

TUJUAN

Pendedahan kepada Kempen Klik Dengan Bijak kepada komuniti. Ia bagi membendung masalah penyalahgunaan internet dan membudayakan internet secara positif kearah masyarakat yang bijak.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang Klik Dengan Bijak kepada peserta. Selain itu, peserta mencari logo KDB di internet dan melukis serta mewarnakannya mengikut kreativiti peserta. Peserta diberikan masa dan lukisan yang kreatif dikira pemenang.

 

Tarikh   : 11/02/2018

Masa    : 02.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 4 Peserta

 

IMG 20180219 111136 COPY

 

TUJUAN

Sebagai pembelajaran untuk mempelajari cara-cara membuat Blog dan menggunakan Blog. Selain itu, ia mempertingkatkan perhubungan dan perkongsian maklumat dalam bentuk media dengan dunia luar. Disamping itu, ia juga boleh digunakan sebagai kaedah pembelajaran dan rujukan bagi sesiapa saja.

 

AKTIVITI

Peserta diberikan penerangan tentang dunia Blog sebagai pendedahan khusus. Selepas itu, peserta diajar cara untuk membina Blog sendiri dan cara menggunakannya.

 

Tarikh   : 04/02/2018

Masa    : 03.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 13 Peserta

 

IMG 20180203 104503 copy

 

TUJUAN

Sebagai pendedahan kepada komuniti tentang komponen atau perkakasan komputer. Ia juga membolehkan peserta mengenali dengan lebih dekat tentang perkakasan komputer ini.

 

AKTIVITI

Dimulakan dengan penerangan daripada petugas PI kepada peserta. Peserta juga digalakan untuk mencari maklumat tentang perkakasan komputer di internet. Selain itu, peserta diajar cara menggunakan dan menjaga perkakasan komputer agar ia tahan lama.