PENGENALAN ROBOTIC
Tarikh : 28/10/2017 Masa : 09.00am - 01.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 15 peserta |
TUJUAN
Pengenalan ilmu Robotick kepada komuniti. Ia juga untuk membuka minda peserta kearah dunia moden dan berteknologi tinggi.
AKTIVITI
Penerangan tentang Robotic kepada peserta sebagai pendedahan. Tayangan slide dan video juga dibuat untuk pemahaman lebih lanjut kepada peserta.
Tarikh : 27/10/2017 Masa : 09.00am - 11.00am Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 11 peserta |
TUJUAN
Menguji tahap pengetahuan ICT di kalangan peserta. Ia juga menguji pemahaman peserta terhadap penggunaan internet dan media social.
AKTIVITI
Peserta diberikan kuiz ICT dan menjawab menikut masa yang ditetapkan. Peserta yang terpantas dan markah tertinggi dikira pemenang.
Tarikh : 24/10/2017 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 18 Peserta |
TUJUAN
Sebagai pendedahan tentang Klik Dengan Bijak kepada komuniti. Ia juga dapat mempromosikan KDB kepada komuniti dan sebagai langkah penggunaan internet dengan bijak dan berhermat.
AKTIVITI
Peserta diberi penerangan tentang KDB dan memahami kebaikan KDB ini. Selain itu, satu tayangan video sebagai pemahaman kepada komuniti. Disamping itu, kuiz KDB juga turut diadakan sebagai menguji pemahaman peserta.
Tarikh : 26/10/2017 Masa : 09.00am - 01.00pm Tempat : Mini RTC Sungai Semiar Peserta : 29 peserta |
TUJUAN
Mempromosikan PI kepada penduduk sekitar. Ini dapat menarik pengunjung untuk datang ke PI dan menimba ilmu ICT. Ia juga dapat merapatkan jurang antara penduduk dengan PI.
AKTIVITI
Petugas PI1M menerangkan kebaikan dan fungsi PI kepada komuniti. Selain itu, pemeriksaan kesihatan percuma (My Health) turut diberikan kepada pengunjung yang hadir.
Tarikh : 12/10/2017 Masa : 02.00pm - 04.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 8 Peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada Dashboard Pusat Internet. Ia juga dapat mempromosikan Dashboard kepada komuniti
AKTIVITI
Penerangan Dashboard PI kepada peserta serta fungsinya. Selain itu, peserta diajar menggunakan setiap menu yang ada di Dashboard. Peserta juga diajar menggunakan My Komuniti untuk membuat hebahan.