BENGKEL DASHBOARD PUSAT INTERNET
Tarikh : 28/12/2017 Masa : 03.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 13 Peserta |
TUJUAN
Menerapkan Dashboard Pusat Internet 1Malaysia dalam kehidupan seharian. Ia juga dapat memudahkan peserta berkomunikasi dan mengeratkan silaturahim sesama komuniti. Selain itu, dengan aktiviti ini, Dashboard dapat dipromosikan kepada masyarakat.
AKTIVITI
Penerangan tentang Dashboard Pusat Internet kepada peserta yang terlibat. Selain itu, peserta diajar cara menggunakan Dashboard dengan betul seperti My Komuniti, My Shop dan sebagainya.
Tarikh : 24/12/2017 Masa : 10-00am - 12.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 11 Peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada Perkakasan Komputer. Ia dapat meningkatkan kemahiran peserta tentang komputer amnya dan membolehkan peserta untuk meneroka secara meluas dalam dunia pengkomputeran. Ia juga dapat menarik minat peserta untuk datang ke PI1M.
AKTIVITI
Penerangan tentang Perkakasan Komputer kepada peserta serta semua peserta telah diberi maklumat secara lebih terperinci berkenaan hal tersebut termasuklah cara ia berfungsi dan bekerja di dalam komputer. Peserta juga diajar cara menjaga perkakasan komputer untuk hayat yang lebih lama.
Tarikh : 17/02/2017 Masa : 09.00am - 12.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 10 Peserta |
TUJUAN
Untuk menguji tahap kecekapan peserta yang terlibat. Selain itu, ia juga dapat mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti di PI.
AKTIVITI
Peserta diberikan gambar yang serupa dan diminta untuk mencari perbezaannya di web Spot The Difference. Masa dikira bagi aktiviti yang dilakukan bagi menguji ketajaman dan pemenang.
Tarikh : 21/12/2017 Masa : 03.00pm - 06.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 10 Peserta |
TUJUAN
Menarik minat warga komuniti untuk mendalami ilmu kraf tangan serta menguji kreativiti peserta. Selain itu, ia boleh menarik minat komuniti untuk belajar dan mengetahui tentang dunia kraf tangan. Ia juga mampu menghasilkan warga komuniti yang bijak dan kreatif dalam menghasilkan pelbagai barangan kraf tangan.
AKTIVITI
Penerangan daripada Usahawan tentang ilmu usahawan dan cara menghasilkan kraf tangan. Peserta menghasilkan kraf tangan seperti bunga hiasan dan beg untuk digunakan di masa akan datang. Selain itu, peserta menggunakan barangan yang terbuang untuk membuat kraf tangan ini.
Tarikh : 13/12/2017 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Perkarangan Surau Pokok Jerai Peserta : 46 Peserta |
TUJUAN
Memberi kesedaran tentang bahaya denggi kepada masyarakat. Selain itu, ia boleh mengeratkan silaturrahim dan membanteras Denggi habis-habisan.
AKTIVITI
Taklimat tentang Denggi dan kempen 'Bahayanya Denggi' kepada komuniti. Selain itu, masyarakat bergotong-royong di sekitar kampung untuk membersihkan kawasan perumahan. Masyarakat juga diajar cara pengcegahan dan cara menjaga kawasan sekitar daripada pembiakan nyamuk.