Tarikh   : 21/12/2017

Masa    : 03.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 10 Peserta

 

IMG20171221153856 COPY

 

TUJUAN

Menarik minat warga komuniti untuk mendalami ilmu kraf tangan serta menguji kreativiti peserta. Selain itu, ia boleh menarik minat komuniti untuk belajar dan mengetahui tentang dunia kraf tangan. Ia juga mampu menghasilkan warga komuniti yang bijak dan kreatif dalam menghasilkan pelbagai barangan kraf tangan.

 

AKTIVITI

Penerangan daripada Usahawan tentang ilmu usahawan dan cara menghasilkan kraf tangan. Peserta menghasilkan kraf tangan seperti bunga hiasan dan beg untuk digunakan di masa akan datang. Selain itu, peserta menggunakan barangan yang terbuang untuk membuat kraf tangan ini.

 

Tarikh   : 17/02/2017

Masa    : 09.00am - 12.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 10 Peserta

 

IMG20171209094831 copy

 

TUJUAN

Untuk menguji tahap kecekapan peserta yang terlibat. Selain itu, ia juga dapat mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti di PI.

 

AKTIVITI

Peserta diberikan gambar yang serupa dan diminta untuk mencari perbezaannya di web Spot The Difference. Masa dikira bagi aktiviti yang dilakukan bagi menguji ketajaman dan pemenang.

 

Tarikh  : 10/12/2017

Masa    : 03.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 7 Peserta

 

IMG 20171203 125149 COPY

 

TUJUAN

Pendedahan dunia baru khususnya Instagram kepada komuniti. Selain itu, ia sebagai alat komunikasi dengan dunia luar.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang dunia media social kepada peserta. Selepas itu, peserta diajar membuat akaun Instagram dan cara-cara menggunakannya.

 

 

Tarikh   : 13/12/2017

Masa    : 02.00pm - 05.00pm

Tempat : Perkarangan Surau Pokok Jerai

Peserta : 46 Peserta

 

IMG-20171213-WA0017 COPY

 

TUJUAN

Memberi kesedaran tentang bahaya denggi kepada masyarakat. Selain itu, ia boleh mengeratkan silaturrahim dan membanteras Denggi habis-habisan.

 

AKTIVITI

Taklimat tentang Denggi dan kempen 'Bahayanya Denggi' kepada komuniti. Selain itu, masyarakat bergotong-royong di sekitar kampung untuk membersihkan kawasan perumahan. Masyarakat juga diajar cara pengcegahan dan cara menjaga kawasan sekitar daripada pembiakan nyamuk.

 

Tarikh   : 05/12/2017

Masa    : 03.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 16 Peserta

 

IMG 20171210 163729 COPY

 

TUJUAN

Membudayakan penggunaan internet secara positif dan menitik beratkan kawal selia sendiri kepada pengguna internet. Ia juga merupakan keselamatan berinternet kepada pengguna yang melayari laman sesawang.

 

AKTIVITI

Penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak kepada peserta. Selain itu, penerangan tentang keselamatan berinternet di laman sesawang turut diambil perhatian. Peserta juga diajar bagaimana mengetahui maklumat yang benar dan palsu serta sebagai perlindungan di ICT.