Tarikh : 22/05/2018 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 8 peserta |
TUJUAN
Untuk memberikan pengetahuan ICT yang berguna kepada peserta. Selain itu, ia dapat mengenal fungsi yang ada pada Microsoft Word untuk kegunaan akan datang. Kelas seperti ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan kefahaman peserta dalam Microsoft Word. Disamping itu, ia juga dapat menjalinkan hubungan yang akrab antara PI dan komuniti.
AKTIVITI
Penerangan dan pengenalan Microsoft Word untuk pengetahuan peserta. Peserta juga diajar menggunakan tools bar untuk memudahkan kerja Microsoft Word. Selain itu, peserta diberikan tugas untuk membuat dokumen dan kertas kerja supaya memantapkan lagi kemahiran mereka. Disamping itu, peserta membina jadual kerja dan menggunakan clip art.