Tarikh : 04/10/2018 Masa : 02.00am - 04.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada Dashboard Komuniti khususnya aplikasi My Place. Ia juga dapat mempromosikan tempat menarik usahawan yang terdapat di sekitar komuniti ini. Selain itu, dengan adanya My Place, masyarakat dapat mengetahui tempat menarik di sekitar komuniti dan dapat menarik pengunjung untuk datang ke tempat tersebut. Disamping itu, ia dapat meningkatkan tahap kemahiran ICT dan menarik minat orang ramai untuk datang ke PI
AKTIVITI
Pengenalan dan penerangan Dashboard Komuniti dan aplikasi My Place kepada peserta. Selain itu, peserta menggunakan aplikasi My Place untuk mengaskes tempat menarik seperti kedai makan, tempat beriadah dan lain - lain lagi di sekitar komuniti. Peserta juga menggunakan Google Maps untuk mencari tempat menarik di komuniti ini.
E-LEARNING UPSR 2018
Tarikh : 30/10/2018 Masa : 02.00am - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 10 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada pembelajaran online matematik kepada sebilangan pelajar tahun 6. Ia juga dapat dapat mengenalpasti pelbagai kaedah dan pembelajaran atas talian kepada peserta. Selain itu, aktiviti menerangkan pelbagai aktivti atas talian yang sesuai dalam pengajaran.
AKTIVITI
Petugas PI membuka website E-Learning kepada pelajar dan pelajar mengulangkaji soalan yang disediakan. Pelajar juga dilatih menggunakan formula matematik dengan betul. Selain itu, pelajar juga berbincang dan mencari maklumat di internet bagi memantapkan pembelajaran pelajar.
Tarikh : 12/09/2018 Masa : 02.00am - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 11 peserta |
TUJUAN
Pendedahan tentang Dashboard Komuniti kepada peserta. Ia juga dapat menarik minat komuniti untuk sayangkan negara Malaysia. Selain itu, aktiviti ini dapat menarik minat peserta untuk menggunakan Dashboard Komuniti sebagai medium perhubungan. Disamping itu ia dapat menarik orang ramai untuk berkunjung ke Pusat Internet.
AKTIVITI
Pengenalan Dashboard Komuniti dan aktiviti kepada peserta. Aktiviti ini memerlukan peserta untuk menjawab soalan kuiz bertemakan Hari Malaysia di ruangan My Komuniti. Peserta diberikan masa dan peserta yang pantas menjawab dikira pemenang. Selaijn itu, peserta juga diajar menggunakan fungsi Dashboard Komuniti dengan betul.
Tarikh : 15/09/2018 Masa : 09.00am - 02.00pm Tempat : Pusat Internet Pekan Sik dan Kampung Tala Peserta : 100 peserta |
TUJUAN
Untuk mempromosikan PI dan mendekatkan PI dengan komuniti setempat. Ia juga dapat memberi kesedaran kempen KDB kepada masyarakat dalam penggunaan internet. Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan lebih mendalam lagi tentang Dashboard Komuniti kepada masyarakat setempat supaya menggunakan Dashboard Komuniti dalam kehidupan seharian mereka. Disamping itu, ia dapat menarik minat komuniti untuk datang ke PI.
AKTIVITI
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Dashboard Komuniti Challenge yang mengetengahkan My Komuniti, My Shop dan My Health. Selain itu, Pengenalan KDB dan Kuiz KDB juga turut diadakan bagi menarik minat komuniti. Disamping itu, aktiviti pakaian beragam dan kuiz merdeka diadakan bagi menyemarakkan semangat cintakan negara. Pada sebelah pagi, diadakan senamrobik bagi menyihatkan badan peserta. Usahawan Online juga turut disertai oleh usahawan komuniti yang berhampiran. Tidak lupa juga, pameran daripada pelbagai agensi bagi memeriahkan program ini.
Tarikh : 04/09/2018 Masa : 09.00am - 11.00am Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada Windows Movie Maker dan untuk melatih peserta agar mahir dalam penghasilan video dalam Movie Makers. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari bagaimana untuk membuat video pendek dan menarik minat peserta untuk datang ke Pusat Internet. Disamping itu, ia juga dapat melahirkan peserta yang celik IT.
AKTIVITI
Penerangan tentang Movie Maker dan peserta diajar teknik menyunting gambar untuk menghasilkan video. Selain itu, peserta juga memasukkan muzik yang bersesuaian dan menggunakan menu yang ada di dalam Movie Maker untuk membuatkan video menarik.