Tarikh   : 20/12/2018

Masa    : 08.00am - 01.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 80 peserta

 

IMG 20181220 095912 COPY

 

TUJUAN

Untuk memberi pengetahuan dan memupuk sikap komuniti tentang pemakanan sihat dan cara hidup sihat. Selain itu, ia untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran masyarakat tentang amalan makan secara sihat seterusnya mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit. Disamping itu, ia dapat menjadikan komuniti yang aktif dan menjalani hidup yang sihat. Ia juga dapat menhindari kita daripada terjejas segala penyakit dan dapat membantu masyarkat untuk lebih prihatin dengan tahap kesihatan.

 

AKTIVITI

Program dimulakan dengan Larian Jom Sihat oleh beberapa peserta komuniti. Aktiviti ini dapat membantu menyihatkan dan dapat menaikkan stamina dalaman peserta. Selepas itu pemeriksaan kesihatan (My Health) kepada komuniti yang hadir. Selain itu, ceramah kesihatan juga diadakan oleh penceramah daripada Klinik Kesihatan. Ceramah diselang seling dengan Kuiz Kesihatan untuk menguji pemahaman komuniti tentang gaya hidup sihat. Disamping itu, Pertandingan Makan Menu Sihat dewasa dan kanak-kanak yang mendapat sambutan menggalakkan. Aktiviti lain juga ialah Kempen Mobile E-Waste untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang bumi hijau dan Pertandingan My Komuniti Sihat dan Mencipta Poster Jom Sihat serta melabel pusat kesihatan dalam Pertandingan My Place. Pertandingan My Shop dibuat kepada para usahawan tempatan dan komuniti.

Lihat Gambar Disini