KELAS E-PEMBELAJARAN SEMPENA HARI KEMERDEKAAN
Tarikh : 28/08/2019 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 8 peserta |
TUJUAN
Untuk menaikkan semangat kemerdekaan kepada peserta dan mengimbau kembali perjuangan pejuang kemerdekaan yang dahulu. Selain itu, ia dapat menanam jiwa patriotik dan melahirkan insan yang berjiwa merdeka.
AKTIVITI
Penerangan tentang aktiviti kepada peserta. Peserta mencari idea dan maklumat kemerdekaan di internet bagi mengikut tema aktiviti. Peserta melukis dan mewarna mengikut tema kemerdekaan kali ini mengikut kreativiti tersendiri.
Tarikh : 18/08/2019 Masa : 03.00pm - 05.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 4 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada Dashboard Komuniti terutama My Place kepada peserta. Selain itu, ia dapat menambah pengetahuan tentang Dashboard Komuniti dan mempraktikannya dalam kehidupan seharian. Disamping itu, ia dapat mencari tempat menarik di sekitar komuniti dan dapat menghebahkan kepada komuniti.
AKTIVITI
Penerangan kepada peserta tentang Dashboard Komuniti dan My Place. Peserta diterangkan tentang fungsi Dashboard Komuniti kepada komuniti serta cara untuk menggunakannya. Selain itu, peserta juga diajar cara untuk memasukkan tempat menarik dan mempromosikannya kepada komuniti.
Tarikh : 03/08/2019 Masa : 10.00am - 12.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 4 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada peserta menggunakan aplikasi Paint yang terdapat di komputer. Ia juga untuk mencungkil bakat para peserta untuk melukis dan mewarna pada aplikasi tersebut. Selain itu, ia juga sebagai pembelajaran kepada peserta untuk digunakan pada masa akan datang.
AKTIVITI
Petugas memberi penerangan tentang aktiviti yang dijalankan. Peserta juga diajar tentang cara menggunakan aplikasi Paint beserta fungsinya. Selain itu, peserta melukis dan mewarna mengikut kreativiti masing-masing sambil dibantu petugas.
Tarikh : 14/08/2019 Masa : 10.00am - 01.00pm Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada peserta tentang cara mendaftar akaun media sosial iaitu akaun Facebook. Selain itu, ia dapat meningkatkan tahap ICT bagi peserta dan dapat pendedahan media sosial seiring dengan dunia teknologi sekarang.
AKTIVITI
Penerangan tentang aktiviti kepada peserta yang terlibat. Peserta diajar membuka akaun Facebook dengan betul dan didedahkan dengan fungsi Facebook kepada masyarakat. Selain itu, peserta juga diajar tentang cara menggunakan Facebook dengan betul melalui kempen KDB supaya peserta menjadi pengguna internet yang berhemah.
BENGKEL USAHAWAN (PEMBUATAN KEK)
Tarikh : 28/07/2019 Masa : 10.00pm - 3.00pm Tempat : Bengkel Masakan Puan Shamsiah Peserta : 15 peserta |
TUJUAN
Pendedahan kepada peserta yang terlibat tentang aktiviti. Selain itu, ia dapat memantapkan pengetahuan tentang membuat kek dan dapat menjadikan aktiviti ini sebagai hobi di masa lapang. Disamping itu, bengkel ini dapat melahirkan wanita yang berinovasi tentang dunia kek. Ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahhim antara komuniti beserta dapat membantu menjadikan komuniti yang berwawasan. Bengkel ini juga dapat melahirkan lagi usahawan wanita di masa akan datang.
AKTIVITI
Penerangan tentang aktiviti dan cara-cara membuat kek daripada Pn Shamsiah. Peserta diberikan resepi dan tunjuk ajar tentang cara membuat kek dengan betul. Selain itu, peserta didedahkan dengan peralatan pembuatan kek serta fungsinya. Disamping itu, peserta diajar tentang bahan-bahan untuk membuat kek dan sukatan bahan yang diperlukan. Peserta juga diberi peluang untuk bertanya soalan bagi memambahkan lagi pengetahuan tentang pembuatan kek.