Tarikh    : 08/03/2020

Masa    : 09.00am - 01.00pm

Tempat : Dewan Serbaguna Kg KEDA Bendang Man 

Peserta : 30 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan kepada komuniti tentang peranan PI dan program yang dijalankan di PI. Selain itu, komuniti diterangkan dengan kempen KDB dan Dashboard Komuniti bagi mewujudkan komuniti yang celik ICT dan memantapkan kemahiran berinternet. Disamping itu, komuniti didedahkan dengan Sahabat Amanah oleh Cikgu Amanah Ikhtiar.

 

AKTIVITI

Penerangan aktiviti dan Dashboard Komuniti kepada komuniti. Peserta juga didedahkan dengan kempen KDB bagi penggunaan internet dengan betul. Disamping itu, aktiviti ICT juga diadakan bagi menarik masyarakat untuk lebih mengenali ICT. Selain itu, sukaneka juga dijalankan bagi memeriahkan program.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 05/03/2020

Masa    : 10.00pm - 01.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 6 peserta

 

TUJUAN

Permohonan tahun 1 online untuk bakal pelajar tahun 2021. Selain itu, ia dapat menggalakkan komuniti untuk mengikuti aktiviti di PI serta dapat menggunakan PI sebagai tempat ICT komuniti. Disamping itu, ia memudahkan dan menjimatkan masa ibubapa untuk memohon online tanpa perlu ke sekolah. Ia juga dapat mendidik ibubapa betapa pentingnya pengetahuan ICT pada zaman sekarang.

 

AKTIVITI

Penerangan kepada peserta atau waris pelajar tentang aktiviti yang dijalankan. Peserta mencipta emel terlebih dahulu untuk tujuan permohonan online tahun 1. Selepas itu, waris mendaftar dan membuat permohonan tahun 1 online bagi anak mereka sambil dibantu petugas.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 15/02/2020

Masa    : 10.00pm - 1.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 30 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan dan mempromosikan Pusat Internet kepada pihak yang hadir. Selain itu, ia dapat memberikan informasi dan maklumat Pusat Internet kepada VIP yang hadir. Disamping itu, ia dapat merapatkan hubungan antara pihak Kerajaan dengan PI

 

AKTIVITI

Penerangan tentang latar belakang dan perkhidmatan yang disediakan di PI oleh Pengerusi PI. VIP juga diberi pendedahan tentang ICT dan kepentingannya kepada masyarakat setempat. Selain itu, VIP juga di beri taklimat tentang Klik Dengan Bijak dan Kempen Mobile E-Waste demi meningkatkan penggunan internet yang bijak. Disamping itu, pihak Motac dan Tourism Malaysia dan PI berkongsi ilmu tentang pelancongan dan mempraktikkanya di lain masa.

Lihat Gambar Disini 

 

Tarikh   : 24/02/2020

Masa    : 03.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 9 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan Dashboard Komuniti kepada peserta. Selain itu, ia dapat membudayakan penggunaan Dashboard Komuniti kepada masyarakat supaya masyarakat dapat menggunakannya. Disamping itu, ia boleh mendidik komuniti untuk berkongsi maklumat terkini dan dapat mewujudkan hubungan di alam maya. Ia juga dapat mempromosikan Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang Dashboard Komuniti dan Dashboard App kepada peserta. Peserta diajar cara menggunakan dan fungsinya kepada komuniti. Selain itu, peserta membuat hebahan maklumat terkini di My Komuniti.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 13/02/2020

Masa    : 2.00pm - 5.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 3 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan dan pembelajaran blog kepada peserta. Ia juga dapat menambah pengetahuan tentang blog dan dapat menggunakan untuk menulis artikel sendiri. Selain itu, ia juga dapat menjadikan blogger ini sebagai sumber pendapatan dan melahirkan blogger yang berjaya serta berilmu. Disamping itu, kelas ini dapat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat ICT di komuniti serta ia boleh menjadikan komuniti yang bersaing secara sihat dalam dunia digital.

 

AKTIVITI

Penerangan aktiviti kepada peserta. Peserta mencipta blog sendiri menggunakan website blogger dan wix sambil dibantu Petugas. Peserta juga di diajar cara menggunakan blog seperti mereka design, menulis artikel dan lain-lain lagi. Selain itu, peserta juga diajar cara penulisan yang betul ketika mengarang artikel.

Lihat Gambar Disini