Tarikh   : 30/10/2020

Masa    : 03.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 15 Peserta

 

TUJUAN

Pendedahan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para peserta. Ia juga bertujuan untuk memberi pengetahuan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran tentang penggunaan internet dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif kepada peserta. Disamping itu, ia dapat mengurangkan statistik jenayah siber di Malaysia.

 

AKTIVITI

Penerangan dan pengenalan KDB kepada peserta. Peserta membuka websites Klik Dengan Bijak Selain itu, peserta juga diajar cara penggunaan internet dengan betul supaya tidak disalahgunakan di kemudian hari. Selain itu, peserta juga diterapkan dengan nilai-nilai murni dengan mengamalkan sikap hormat menghormati ketika berkongsi pandangan. Disamping itu, peserta juga diajar cara melindungi maklumat peribadi daripada disalah guna.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 20/10/2020

Masa    : 02.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 2 Peserta

 

TUJUAN

Pendedahan tentang SPA9 dan permohonan kerja bagi sektor Kerajaan. Selain itu, ia juga dapat memberi pendedahan kepada Peserta untuk memohon SPA9 dan dapat memudahkan peserta untuk memohon kerja Kerajaan. Disamping itu, ia dapat meningkatkan daya digital dalam komuniti.

 

AKTIVITI

Pengenalan dan penerangan SPA9 kepada peserta. Peserta mengisi maklumat yang diperlukan sambil dibantu Petugas.

Lihat Gambar Disini

 

 

 

Tarikh   : 06/10/2020

Masa    : 02.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 2 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan Microsoft Movie Maker kepada peserta. Selain itu, ia juga untuk mengetengahkan ilmu dan elemen yang terdapat pada Movie Maker tersebut. Selain itu, ia dapat meningkatkan kemahiran dan sebagai pembelajaran di masa hadapan. Disamping itu, ia dapat menghasilkan video yang menarik dan dapat melahirkan komuniti yang celik IT.

 

AKTIVITI

Pengenalan Movie Maker kepada peserta yang terlibat. Peserta diajar cara menyunting video seperti memasukkan gambar atau video serta muzik latar di Movie Maker. Selain itu, peserta diajar cara membuat tajuk video serta diajar fungsi effect pada video. Disamping itu, peserta diajar tentang fungsi tools bagi mencipta video yang menarik.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 12/10/2020

Masa    : 02.00pm - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 2 Peserta

 

TUJUAN

Pendedahan Microsoft Word kepada peserta. Kemahiran dalam Microsoft Word sangat penting dalam kalangan individu dan ia sangat berguna untuk keperluan perniagaan dan tujuan asas seharian. Disamping itu, ia sebagai memenuhi keperluan pengguna pada masa kini. Selain itu, ia dapat mempromosikan latihan di PI kepada komuniti bagi menarik komuniti berkunjung ke PI itu sendiri.

 


AKTIVITI

Pengenalan dan penerangan Microsoft Word daripada Petugas.Peserta mempelajari asas menaip seperti karangan dan surat. Selain itu, peserta diterangkan tentang kegunaan fungsi tools yang ada pada Microsoft Word. Disamping itu, peserta membuat jadual, lajur dan ciri format lain serta membuat teks berformat dan perenggan. Peserta diberikan latihan praktikal untuk memantapkan kemahiran peserta.

Lihat Gambar Disini

 

 

 

Tarikh   : 21/09/2020

Masa    : 03.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 3 peserta

 

TUJUAN

Kelas permohonan tingkatan 1 bagi pelajar Tahun 6. Peserta juga didedahkan dengan cara berinternet dengan bijak dan membudayakan penggunaan internet secara positif.

 

AKTIVITI

Peserta diberi penerangan tentang kelas yang dijalankan. Peserta membuka web permohonan dan mengisi maklumat yang diperlukan sambil dibantu Petugas.

Lihat Gambar Disini