Tarikh   : 05/08/2020

Masa    : 9.00am - 06.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 5 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan tentang Shopee kepada peserta yang hadir. Selain itu, ia bertujuan membantu para peserta untuk menjual dan mengetengahkan produk masing-masing diatas talian.

 

AKTIVITI

Pengenalan Shopee kepada petugas daripada Petugas. Peserta diterangkan tentang kegunaan dan fungsi serta kaedah penjualan produk di platform Shopee. Sebelum itu, bengkel dimulakan dengan sesi photoshoot produk oleh peserta. Selain itu, peserta diajar cara membuat akaun pendaftaran Shopee dan memasukkan maklumat yang diperlukan. Disamping itu, peserta juga diajar cara memasukkan gambar dan maklumat produk sambil dibantu Petugas. Petugas juga menunjukkan cara penjualan bagi meningkatkan jualan produk.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 20/07/2020

Masa    : 03.00pm - 05.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 2 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan tentang Microsoft Power Point kepada peserta yang terlibat. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan penggunaan Microsoft Power Point yang tinggi di Malaysia. Disamping itu, peserta dapat menghasilkan persembahan Power Point yang lebih menarik dengan idea kreativiti masing-masing.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang bengkel yang akan dijalankan. Peserta diberi latihan dengan menghasilkan persembahan slaid serta mengformat teks pada slaid. Selain itu, peserta juga diajar menambah dan mengubah suai objek grafik, jadual serta carta didalam persembahan supaya nampak lebih menarik. Peserta ditekankan penggunaan fungsi oleh Petugas bagi penghasilan slaid yang kreatif.

Lihat Gambar Disini

 

Tarikh   : 06/07/2020

Masa    : 10.00am - 12.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 1 peserta

 

TUJUAN

Pendaftaran tahun 1 online bagi sesi persekolahan 2021/2022. Selain itu, ia dapat mendekatkan ibubapa dengan PI dan secara langsung dapat mengeratkan silaturahim. Ia juga dapat memberi pendedahan ICT kepada peserta.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang aktiviti oleh Petugas. Peserta membuat permohonan tahun 1 online sambil dibantu Petugas.

Lihat Gambar Disini

Tarikh   : 15/07/2020

Masa    : 11.00am - 01.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik

Peserta : 1 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan kepada Online Banking kepada peserta. Selain itu, ia dapat melahirkan komuniti yang digital dalam dunia Banking Online. Ia juga dapat menarik minat warga komuniti untuk menggunakan internet dengan bijak dan menarik minat untuk ke PI.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang kelas yang dijalankan. Peserta membuka web Bank Islam Online untuk mendaftar Online Banking sambil dibantu Petugas. Selain itu, peserta diajar cara menggunakan Online Banking dengan betul.

Lihat Gambar Disini

 

 

 

Tarikh   : 22/06/2020

Masa    : 10.00am - 12.00pm

Tempat : Pusat Internet Kampung Kuala Kerik 

Peserta : 1 peserta

 

TUJUAN

Pendedahan kepada peserta tentang Microsoft Word. Peserta mempelajari cara menggunakan Microsoft Word dengan betul dan sebagai latihan bagi memantapkan kemahiran peserta. Selain itu, ia sebagai persediaan di masa hadapan kepada peserta.

 

AKTIVITI

Penerangan tentang latihan yang akan dijalankan kepada peserta. Peserta diajar cara menaip dan menggunakan menu yang ada sambil dibantu oleh Petugas. Selain itu, peserta diberikan latihan praktikal bagi mengasah kemahiran peserta.

Lihat Gambar Disini