Tarikh          : 30/04/2021

Masa           : 10.am - 11.00am

Tempat        : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta        : 2 peserta

TUJUAN

Bengkel Dashboard Komuniti yang diadakan bertujuan untuk menyuntik semangat para peserta yang kebetulan bakal menempuh alam sekolah menengah pada 2021.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki menulis ucapan yang bertujuan memberikan semangat dan dorongan untuk mereka dan rakan-rakan menempuh alam persekolah kelak.

Lihat Gambar Disini

Tarikh         : 22/04/2021

Masa          : 02.30pm - 04.30pm

Tempat       : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta       : 1 peserta

TUJUAN

Peserta yang merupakan lepasan sekolah telah diajar cara mencipta emel. Penggunaan dan kelebihan menggunakan emel turut diperkenalkan kepada peserta bengkel.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membina akaun emel sendiri dengan bimbingan petugas Pusat Internet. Peserta juga telah mempelajari cara menggunakan emel dengan baik.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 12/04/2021

Masa           : 03.00pm - 06.00pm

Tempat        : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta        : 7 peserta

TUJUAN

Bersempena dengan bulan Ramadhan 2021, PIK Kg. Kuala Kerik telah mengadakan kelas Postermywall Ramadhan untuk para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Peserta telah diajar asas-asas untuk menggunakan Postermywall dan pada akhir aktiviti ini, para peserta telah dapat menghasilkan poster yang cantik dan menarik.

AKTIVITI

Para peserta dikehendaki menghasilkan sebuah poster yang menarik bertemakan Ramadhan. Poster yang paling menarik sekali telah dipilih sebagai pemenang.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 18/04/2021

Masa           : 02.00pm - 05.00pm

Tempat        : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta        : 3 peserta

TUJUAN

Bengkel ini diadakan untuk memberikan penerangan dan asas-asas penggunaan Microsoft Office Word kepada para peserta. Kelebihan menggunakan Microsoft Office Word juga turut didedahkan kepada para peserta yang menyertai bengkel ini.

AKTIVITI

Peserta diajar cara menggunakan Microsoft Office Word. Para peserta telah diajar asas menaip dan menggunakan Microsoft Office Word.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 08/04/2021

Masa           : 02.30pm - 05.30pm

Tempat        : Pusat Internet Kuala Kerik

Peserta        : 6 peserta

TUJUAN

Kuiz bertemakan alat perkakasan komputer diadakan bertujuan untuk memperkenalkan alat-alat perkakasan komputer kepada para peserta. Kuiz ini secara tidak langsung dapat melahirkan komuniti yang celik IT dan mempunyai semangat daya saing yang tinggi.

AKTIVITI

8 rajah telah diberikan oleh petugas kepada peserta. Mereka dikehendaki menamakan alat-alat perkakasan tersebut dengan jawapan yang paling tepat. Peserta yang memperoleh markah yang tinggi dikira sebagai pemenang.

Lihat Gambar Disini