Tarikh          : 8/08/2022

Masa           : 08.30 am - 01.00pm

Tempat        : Sekolah Kebangsaan Kampung Betong

Peserta        : 36 peserta

TUJUAN

Sambutan Hari Asyura bertujuan untuk mengingati kisah nabi dan mengekalkan tradisi masyarakat islam yang bergotong-royong untuk membuat bubur asyura. Sambutan ini juga secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyahut anjuran nabi untuk berkongsi makanan pada 10 Muharram setiap tahun

AKTIVITI

Peserta bergotong-royong untuk menyediakan bubur asyura kemudian mengagihkan kepada para peserta, guru dan pelajar Sekolah kebangsaan Kampung Betong

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 2/08/2022

Masa           : 03.00 pm - 06.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 16 peserta

TUJUAN

Sambutan ini bertujuan untuk menjelaskan kepada para peserta maksud sebenar Maal Hijrah dan memberi peringatan kepada mereka untuk mengubah diri kearah yang lebih baik dan mempunyai azam baru sempena tahun baru dalam islam

AKTIVITI

Peserta diberikan satu poster untuk menulis azam baru dan mewarna mengikut kreativiti masing-masing. Masa diberikan kepada perserta dan pemenang dipilih berdasarkan poster yang menarik

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 08/07/2022

Masa           : 11.00 am - 12.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 6 peserta

TUJUAN

Untuk mengasah minda para peserta dengan aktiviti mencari perbezaan gambar. Secara tidak langsung dapat membantu mereka mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

AKTIVITI

Peserta diberi dua gambar dan diminta untuk mencari perbezaan di dalam gambar tersebut. Masa diberikan kepasa para peserta, pemenang dikira berdasarkan peserta yang mendapat markah tertinggi.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 14/07/2022

Masa           : 02.00 pm - 05.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 14 peserta

TUJUAN

Kelas Pengenalan Storyboard ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menghasilkan storyboard yang menarik dan kreatif. Dengan adanya kelas ini, secara tidak langsung meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan peserta.

AKTIVITI

Para peserta telah diterangkan tentang cara-cara untuk menggunakan storyboard. Kemudian, mereka telah diberikan rajah dan dikehendaki menulis dialog untuk menghasilkan cerita yang menarik menggunakan storyboard. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat melahirkan komuniti yang celik IT.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 05/07/2022

Masa           : 10.00 am - 02.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 26 peserta

TUJUAN

Mempromosikan Tabung Haji disamping dapat menarik minat penduduk setempat untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDI.

AKTIVITI

Pengunjung dapat membuka akaun Tabung Haji yang akan digunakan untuk mendaftar program haji. Di samping itu, peserta juga diajar untuk mendaftar akan komuniti yang celik IT.

Lihat Gambar Disini