Tarikh          : 16/11/2022

Masa           : 03.00pm - 05.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 8 peserta

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan untuk menguji kemahiran peserta untuk menaip dengan pantas dan tepat. Secara tidak langsung, aktiviti ini juga dapat membiasakan diri peserta untuk menggunakan keybord dengan cara yang betul.

AKTIVITI

Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk menaip perkataan yang muncul pada skrin berdasarkan masa yang diberikan. Peserta mestilah menaip perkataan tersebut dengan pantas dan tepat.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 08/11/2022

Masa           : 03.00pm - 05.00pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 8 peserta

TUJUAN

Kuiz Klik Dengan Bijak ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada peserta Kempen Klik dengan Bijak. Secara tidak langsung dapat menguji tahap kefahaman peserta berkaitan Klik Dengan Bijak.

AKTIVITI

Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk menjawab kuiz Berkaitan Klik Dengan Bijak mengikut masa yang telah ditetapkan. Peserta yang menjawab dengan pantas dan tepat dikira sebagai pemenang.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 27/10/2022

Masa           : 03.00pm - 05.00 pm

Tempat        : Rumah masing-masing

Peserta        : 5 peserta

TUJUAN

Pertandingan ini diadakan sempena bulan sambutan Maulidur Rasul. Ia diadakan untuk meguji tahap kreativiti para peserta dari segi pemilihan bahan yang digunakan untuk membuat kolaj dan tahap kekemasan peserta dalam melakukan sesuatu kerja.

AKTIVITI

Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk membuat satu kolaj mengikut kreativiti masing - masing. Peserta yang menghasilkan kolaj yang paling kemas dan menarik dikira sebagai pemenang.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 05/11/2022

Masa           : 10.00am - 01.00 pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 6 peserta

TUJUAN

Aktiviti ini diadakan untuk menguji daya pemikiran peserta untuk menyusun puzzle dengan pantas dan tepat. Aktiviti ini juga dapat menarik minat peserta berkunjung ke PEDi Kampung Kuala Kerik serta dapat mengisi masa lapang peserta dengan sesuatu yang bermanfaat.

AKTIVITI

Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk melengkapkan puzzle berbentuk peta Malaysia mengikut masa yang telah ditetapkan. Peserta yang melengkapkan puzzle dengan pantas dikira sebagai pemenang.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 16/10/2022

Masa           : 02.00pm -05.00 pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 2 peserta

TUJUAN

Bengkel Asas Komputer ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada asas penggunaan komputer dengan cara yang betul. Bengkel ini sedikit sebanyak dapat melahirkan komuniti yang celik IT.

AKTIVITI

Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah diajar cara untuk menaip dengan cara yang betul, cara melayari internet dan menggunakan Microsoft Office. 

Lihat Gambar Disini