Tarikh : 15/12/2022 Masa : 9.00am - 12.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 18 peserta |
TUJUAN
Tujuan utama kelas ini ialah untuk memberi bimbingan kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah berkaitan penggunaan Mocrosoft Word. Kelas ini juga dapat melahirkan komuniti yang celik IT.
AKTIVITI
Para peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Word dan diberi tunjuk ajar untuk menaip karangan, menukar warna, saiz dan jenis font. Selain itu, para peserta juga diajar cara untuk memasukkan gambar ke dalam Microsoft word. Selepas selesai sesi tunjuk ajar, peserta diberikan latihan iaitu membuat kad hari lahir untuk menguji tahap kefahaman peserta.