Tarikh : 20/11/2022 Masa : 02.00pm - 04.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Tujuan utama aktiviti ini diadakan ialah untuk mengasah minda para peserta untuk menguasai operasi tambah dan tolak. Hal ini juga dapat melatih diri peserta untuk berfikir dengan lebih pantas
AKTIVITI
Para peserta diminta untuk menjawab kuiz matematik berkaitan operasi tambah dan tolak. Peserta yang menjawab dengan pantas dan mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang
Tarikh : 16/11/2022 Masa : 03.00pm - 05.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 8 peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan untuk menguji kemahiran peserta untuk menaip dengan pantas dan tepat. Secara tidak langsung, aktiviti ini juga dapat membiasakan diri peserta untuk menggunakan keybord dengan cara yang betul.
AKTIVITI
Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk menaip perkataan yang muncul pada skrin berdasarkan masa yang diberikan. Peserta mestilah menaip perkataan tersebut dengan pantas dan tepat.
Tarikh : 05/11/2022 Masa : 10.00am - 01.00 pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan untuk menguji daya pemikiran peserta untuk menyusun puzzle dengan pantas dan tepat. Aktiviti ini juga dapat menarik minat peserta berkunjung ke PEDi Kampung Kuala Kerik serta dapat mengisi masa lapang peserta dengan sesuatu yang bermanfaat.
AKTIVITI
Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk melengkapkan puzzle berbentuk peta Malaysia mengikut masa yang telah ditetapkan. Peserta yang melengkapkan puzzle dengan pantas dikira sebagai pemenang.
Tarikh : 08/11/2022 Masa : 03.00pm - 05.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 8 peserta |
TUJUAN
Kuiz Klik Dengan Bijak ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada peserta Kempen Klik dengan Bijak. Secara tidak langsung dapat menguji tahap kefahaman peserta berkaitan Klik Dengan Bijak.
AKTIVITI
Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk menjawab kuiz Berkaitan Klik Dengan Bijak mengikut masa yang telah ditetapkan. Peserta yang menjawab dengan pantas dan tepat dikira sebagai pemenang.
Tarikh : 27/10/2022 Masa : 03.00pm - 05.00 pm Tempat : Rumah masing-masing Peserta : 5 peserta |
TUJUAN
Pertandingan ini diadakan sempena bulan sambutan Maulidur Rasul. Ia diadakan untuk meguji tahap kreativiti para peserta dari segi pemilihan bahan yang digunakan untuk membuat kolaj dan tahap kekemasan peserta dalam melakukan sesuatu kerja.
AKTIVITI
Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk membuat satu kolaj mengikut kreativiti masing - masing. Peserta yang menghasilkan kolaj yang paling kemas dan menarik dikira sebagai pemenang.