Tarikh          : 27/10/2022

Masa           : 03.00pm - 05.00 pm

Tempat        : Rumah masing-masing

Peserta        : 5 peserta

TUJUAN

Pertandingan ini diadakan sempena bulan sambutan Maulidur Rasul. Ia diadakan untuk meguji tahap kreativiti para peserta dari segi pemilihan bahan yang digunakan untuk membuat kolaj dan tahap kekemasan peserta dalam melakukan sesuatu kerja.

AKTIVITI

Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk membuat satu kolaj mengikut kreativiti masing - masing. Peserta yang menghasilkan kolaj yang paling kemas dan menarik dikira sebagai pemenang.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 16/10/2022

Masa           : 02.00pm -05.00 pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 2 peserta

TUJUAN

Bengkel Asas Komputer ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada asas penggunaan komputer dengan cara yang betul. Bengkel ini sedikit sebanyak dapat melahirkan komuniti yang celik IT.

AKTIVITI

Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah diajar cara untuk menaip dengan cara yang betul, cara melayari internet dan menggunakan Microsoft Office. 

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 08/10/2022

Masa           : 02.30pm - 05.30pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 23 peserta

TUJUAN

Sambutan Maulidur Rasul diadakan sempena kelahiran Nabi Muhammad SAW pada tarikh 12 rabiul awal pada setiap tahun. Melalui sambutan ini peserta dapat memperingati dan menghargai perjuangan Nabi Muhammad.

AKTIVITI

Peserta ditayangkan video berkaitan kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad. Di mana, terdapat banyak nilai-nilai murni dan pengajaran dalam video tersebut yang dapat dicontohi peserta dalam kehidupan harian.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 10/09/2022 - 10/10/2022

Masa           : -

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 6 peserta

TUJUAN

Untuk membantu para peserta memperkasan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian. Secara tidak langsung, program ini dapat membantu para peserta untuk membiasakan diri bertutur dan menulis menggunakan Bahasa Inggeris.

AKTIVITI

Para peserta diminta untuk mencari maksud perkataan Bahasa Inggeris yang diberi oleh petugas PEDi selama sebulan dari 10 September hingga 10 Oktober. Peserta boleh berbincang antara satu sama lain untuk berkongsi idea dan belajar bersama-sama maksud perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu.

Lihat Gambar Disini

Tarikh          : 01/10/2022

Masa           : 02.30pm - 05.30pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 2 peserta

TUJUAN

Kursus ini diadakan untuk menerangkan kaedah megendalikan makanan dengan betul supaya dapat memastikan usahawan yang menjual produk berasaskan makanan dapat mengetahui dan mempelajari cara-cara mengendali makanan dengan cara yang tepat dari pelbagai aspek seperti pemakaian, kebersihan premis dan sebagainya.

AKTIVITI

Peserta mendengar taklimat pengendali makanan yang disampaikan oleh Rahman Ramli Ventures Sik di aplikasi Zoom Meeting.

Lihat Gambar Disini