Tarikh : 03/02/2023 Masa : 02.00pm - 05.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
Kelas ini diadakan untuk memudahkan peserta untuk belajar menggunakan komputer untuk tujuan pelajaran. Seperti melayari internet, menaip dan mengenali perkakasan komputer. Kelas ini secara tidak langsung dapat melahirkan komuniti yang celik IT.
AKTIVITI
Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diajar cara untuk menggunakan komputer dengan cekap. selain itu, peserta juga diajar cara untuk mencari maklumat di internet untuk tujuan pelajaran
Tarikh : 28/02/2023 Masa : 09.00am - 04.00pm Tempat : Kolej Komuniti Sik Peserta : 10 peserta |
TUJUAN
Bengkel smartphone photography ini diadakan untuk mengajar usahawan mengambil gambar produk yang dijual dengan lebih menarik supaya dapat menarik perhatian pembeli.
AKTIVITI
Para peserta yang terdiri daripada golongan usahawan atas talian diajar cara mengambil gambar dan mengedit gambar produk yang dijual supaya dapat menarik minat pembeli.
Tarikh : 10/01/2023 Masa : 03.00Pm - 05.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 10 peserta |
TUJUAN
Aktiviti ini diadakan untuk menguji tahap keupayaan menaip dimana ia dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran menaip dan mempelajari cara menaip pantas tanpa melakukan sebarang kesilapan.
AKTIVITI
Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk menaip perkataan yang muncul pada skrin dengan tepat dan pantas.
Tarikh : 16/01/2023 Masa : 03.00pm - 06.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 12 peserta |
TUJUAN
Kuiz ini diadakan untuk menguji keupayaan peserta untuk menguasai subjek matematik seperti operasi tambah, tolak, dan darab. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kepada peserta supaya dapat membiasakan diri melakukan latihan matematik.
AKTIVITI
Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk menjawab soalan matematik yang diberikan oleh petugas PEDi Kg Kuala Kerik.
Tarikh : 04/01/2023 Masa : 03.00Pm - 05.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 7 peserta |
TUJUAN
Kuiz ini diadakan untuk melahirkan peserta yang cintakan alam sekitar dan bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran daripada sisa-sisa E-Waste.
AKTIVITI
Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk menjawab soalan berkaitan E-Waste. Secara tidak langsung, peserta juga dapat mengenali maksud E-waste dan cara-cara untuk mengurus sisa E-Waste.