Tarikh          : 22/11/2021

Masa           : 02.30pm - 05.30pm

Tempat        : PEDi Kampung Kuala Kerik

Peserta        : 4 peserta

TUJUAN

Latihan Klik Dengan Bijak ini bertujuan untuk membiasakan diri para peserta dengan budaya "Klik Dengan Bijak". Tambahan pula pada era globalisasi ini, remaja sering terdedah kepada buli siber yang kian menjadi-jadi. Oleh itu, latihan ini diadakan untuk sentiasa mengingatkan para peserta agar sentiasa berwaspada semasa melayari internet.

AKTIVITI

Para peserta telah diterangkan mengenai "Klik Dengan Bijak" dan petugas telah menekankan isu buli siber kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Sebelum mengakhiri sesi latihan pada hari tersebut, peserta telah diberikan latihan yang memfokuskan kepada isu "Klik Dengan Bijak".

Lihat Gambar Disini