KEUSAHAWANAN : Nur Nafisah binti Harun

USAHAWAN SOS CILI

Nama : Puan Nur Nafisah binti Harun

Umur  : 52 Tahun

Ahli    : 2015

 

Latar Belakang

Puan Nafisah bermula dengan suka-suka dalam menghasilkan Sos Cili untuk kegunaan harian sahaja dari situ, Puan Napisah memberanikan diri untuk menjalankan perniagaan Sos Cili.Beliau juga dibantu oleh Koperasi Wawasan Kampung Kuala Kerik.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan. Jualan produknya hanya sedikit serta promosinya kurang mendapat sambutan.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, beliau kini dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui promosi yang dijalankan. Beliau juga meletak produk beliau di kedai dan pasaraya. Pendapatan bulanan beliau juga bertambah yang kini mencecah RM700 – RM2000.

IMG 20180127 114324 COPY

 

 

USAHAWAN KEK DAN ROTI

Nama : Puan Shamsiah binti Sulaiman

Umur  : 40 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

Puan Syamsiah mula menjalankan perniagaannya secara kecilan di sekitar komuniti. Beliau hanya menjalankan dirumah sahaja dan buat bila hanya menerima tempahan.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau tidak pandai menngunakan komputer dan tidak pandai membuat kertas kerja perniagaan. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan sedikit.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh PI, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau secara meluas. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Beliau juga cekap dalam membuat buku kira-kira di komputer amnya Ms Eccel. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000. Pelanggannya semakin hari semakin bertambah dan sering mendapat tempahan dari masa ke semasa. Selain itu, beliau juga mampu membuka gerai sendiri dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Puan Shamsiah

 

CELIK IT : NUR HIDAYATI BINTI MAT ZAIN

BELAJAR INTERNET, ASAS KOMPUTER

Nama : Nur Hidayati binti Mat Zain

Umur  : 20 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang belia di kampung. Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet. Dengan adanya Pusat Internet Kg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan kampung beliau, ini memudahkan beliau menggunakan kemudahan yang diadakan. Beliau sering kali mendapatkan maklumat –maklumat berkaitan kerja kursus , maklumat kerjaya dan lain-lain maklumat di PI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang tahu mengendalikan komputer dan mengunakan web di internet. Selain itu, beliau juga kurang dalam kemahiran ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah terutamanya dalam menyediakan surat-surat, mengunakan internet dan membuat sebarang permohonan online dengan mudah. Selain itu, beliau sering hadir ke bengkel di PI bagi meningkatkan kemahiran beliau. Kini, beliau sering datang ke PI dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PI.

 

Untitled

 

BELAJAR INTERNET, ASAS KOMPUTER

 

Nama : Nur Farah Izwani binti Mahayudin

Umur  : 18 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar Belakang

Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau tidak tahu tempat untuk belajar komputer dan cara mengakses mengunakan internet. Setelah wujudnya Pusat Internet Kg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan rumah beliau, sedikit demi sedikit beliau didedahkan dengan komputer, internet dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat berkaitan untuk menyambung pelajaran. Selain itu, beliau juga mempelajari menggunakan Microsoft Office dengan mengikuti kursus yang diadakan di PI dan cara menggunakan internet dengan bijak dengan selalu mengikuti Kempen Klik Dengan Bijak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu langsung tentang komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemudahan yang disediakan di PI memudahkan beliau untuk mencari maklumat dan membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran beliau. Selain itu, beliau juga sudah mahir dalam menggunakan komputer dan meningkatkan kemahiran beliau.

 

nur farah ilwani

 

 

USAHAWAN RUNCIT

Nama : Mohd Hisamudin bin Abdul Ghani

Umur  : 32 Tahun

Ahli    : 2016

 

Latar Belakang

En Hisamudin mula menjalankan perniagaan secara kecilan dan dan barang runcit pun hanya terhad. Kini dengan berkat usahanya kini dia mampu membina sebuah kedai runcit sendiri yang terletak di Kampung Kuala Kerik.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau tidak tahu tentang komputer dan pendapatannya sekadar RM 400.00 – RM 500.00. Pelanggan hanya orang setempat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Kuala Kerik, kini beliau dapat mempromosikan hasil produk beliau melalui pelbagai kaedah. Selain itu, Perniagaannya pula bertambah maju dengan pendapatannya RM 700.00 – RM 800.00. Pelanggannya kini terdiri daripada komuniti setempat.

IMG 20171124 094712 COPY 2