CELIK IT : NUR HIDAYATI BINTI MAT ZAIN

BELAJAR INTERNET, ASAS KOMPUTER

Nama : Nur Hidayati binti Mat Zain

Umur  : 20 Tahun

Ahli    : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang belia di kampung. Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau kurang mendapat pendedahan mengenai komputer dan internet. Dengan adanya Pusat Internet Kg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan kampung beliau, ini memudahkan beliau menggunakan kemudahan yang diadakan. Beliau sering kali mendapatkan maklumat –maklumat berkaitan kerja kursus , maklumat kerjaya dan lain-lain maklumat di PI.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang tahu mengendalikan komputer dan mengunakan web di internet. Selain itu, beliau juga kurang dalam kemahiran ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mempelajari internet dan komputer, urusan kerja beliau lebih mudah terutamanya dalam menyediakan surat-surat, mengunakan internet dan membuat sebarang permohonan online dengan mudah. Selain itu, beliau sering hadir ke bengkel di PI bagi meningkatkan kemahiran beliau. Kini, beliau sering datang ke PI dan menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PI.

 

Untitled