USAHAWAN STESEN MINYAK

Nama : Ahmad bin Raof

Umur  : 49 Tahun

Ahli    : 2016

 

Latar Belakang

Encik Ahmad bin Raof mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah beliau. Kini dengan hasil titik peluh sendiri beliau mampu membuka satu stesen minyak buraq oil di Kampung Kuala Kerik. Beliau dibantu oleh adik beliau bagi melicinkan perniagaannya.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau tidak tahu tentang komputer dan internet. Pendapatannya kurang memuaskan. Tidak tahu cara mempromosikan perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Dengan kaedah dan bengkel usahawan yang dipelajari di PI, Encik Ahmad mampu menguruskan perniagaannya dengan teratur dan sistematik. Beliau juga dapat menguruskan kewangan syarikat. Selain itu, beliau mempelajari teknik mempromosikan stesen minyak beliau, kini jumlah pelanggannya semakin hari semain bertambah dan jumlah pendapatannya bertambah.

STESEN MINYAK