USAHAWAN ONLINE (PRODUK KECANTIKAN)

Nama : Nor Hayati binti Ahmad

Umur  : 29 Tahun

Ahli    : 2016

Latar Belakang

Puan Nor Hayati merupakan seorang usahawan yang bergiat dalam bidang usahawan secara atas talian. Dengan berbekalkan ilmu yang dipelajari dan dorongan daripada rakan-rakan membuat beliau menceburi bidang ini. Beliau mengunakan online banking bagi memudahkan urusan jual beli bersama pelanggan dan pembekal. Selain itu, Whatssap dan Facebook merupakan laman sosial yang sering digunakan untuk berhubung dengan pelanggan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Hayati tidak pandai dalam dunia perniagaan online. Beliau juga tidak pandai dalam pengetahuan ICT. Perniagaannya kurang dikenali dan beliau kurang berpuas hati tentang jumlah pendapatannya.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI1M

Di PI1M beliau banyak mendalami ilmu tentang ICT khasnya mempelajari Ms Office seperti Ms Word dan Ms Excel untuk membuat kertas kerja akaun produk. Beliau juga diajar tentang teknik pemasaran yang terkini iaitu teknik pemasaran dan pengiklanan di atas talian dan hasilnya perniagaan beliau kini dikenali. Selain itu, beliau diajar cara mendaftar akaun media social seperti facebook,instagram dan telegram bagi mempromosikan produknya dan beliau juga mempromosikan produknya di My Shop.

PRODUK