BELAJAR INTERNET, ASAS KOMPUTER

 

Nama : Nur Farah Izwani binti Mahayudin

Umur  : 18 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar Belakang

Sebelum beliau mengenali Pusat Internet, beliau tidak tahu tempat untuk belajar komputer dan cara mengakses mengunakan internet. Setelah wujudnya Pusat Internet Kg. Kuala Kerik yang mana berhampiran dengan rumah beliau, sedikit demi sedikit beliau didedahkan dengan komputer, internet dan memudahkan beliau untuk mencari maklumat berkaitan untuk menyambung pelajaran. Selain itu, beliau juga mempelajari menggunakan Microsoft Office dengan mengikuti kursus yang diadakan di PI dan cara menggunakan internet dengan bijak dengan selalu mengikuti Kempen Klik Dengan Bijak.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak tahu langsung tentang komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kemudahan yang disediakan di PI memudahkan beliau untuk mencari maklumat dan membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran beliau. Selain itu, beliau juga sudah mahir dalam menggunakan komputer dan meningkatkan kemahiran beliau.

 

nur farah ilwani