Tarikh : 09/08/2023 Masa : 10.00am - 12.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 28 peserta |
TUJUAN
Mempromosikan PEDI disamping dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDI dan meningkatkan kreativiti kanak-kanak.
AKTIVITI
Para peserta telah diberikan poster yang bertemakan Hari Kemerdekaan. Peserta yang mewarna dengan kemas dan menarik dikira sebagai pemenang
Tarikh : 25/07/2023 Masa : 04.00pm - 05.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 4 peserta |
TUJUAN
Kuiz ini diadakan untuk menguji keupayaan peserta untuk menguasai subjek matematik dan bahasa inggeris. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kepada peserta supaya dapat membiasakan diri melakukan kuiz online.
AKTIVITI
Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk menjawab kuiz matematik dan bahasa inggeris secara atas talian menggunakan Quizizz
Tarikh : 15/7/2023 Masa : 9.30pm - 10.30pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Untuk mengetahui teknik-teknik penting untuk menjawab soalan dalam peperiksaan subjek Bahasa Melayu dan dapat memberi penekanan yang lebih kepada topik yang dipelajari
AKTIVITI
Peserta menyertai kelas tuisyen atas talian untuk subjek Bahasa Melayu dan tips-tips penting untuk menguasai matapelajaran Bahasa Melayu
Tarikh : 20/07/2023 Masa : 03.00pm - 04.30pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 6 peserta |
TUJUAN
Pendedahan dan pengenalan tentang ICT. Selain itu, ia dapat memperoleh asas pengetahuan berkaitan penggunaan komputer serta manfaat dunia teknologi dan dapat digunakan pada masa depan.
AKTIVITI
Peserta dIberikan soalan tentang komponen komputer dan fungsinya dalam ICT. Peserta yang menjawab dengan tepat dan betul dikira sebagai pemenang.
Tarikh : 03/7/2023 Masa : 3.00pm - 5.30pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 7 peserta |
TUJUAN
Tujuan utama kelas ini ialah untuk memberi bimbingan kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah berkaitan penggunaan Mocrosoft Word. Kelas ini juga dapat melahirkan komuniti yang celik IT.
AKTIVITI
Para peserta diperkenalkan dengan aplikasi Microsoft Word dan diberi tunjuk ajar untuk menaip karangan, menukar warna, saiz dan jenis font. Selain itu, para peserta juga diajar cara untuk memasukkan gambar ke dalam Microsoft word.