Tarikh : 21/03/2024 Masa : 03.00pm - 04.00pm Tempat : NADI Kampung Kuala Kerik Peserta : 4 peserta |
TUJUAN
Memperkenalkan perkakasan komputer kepada para peserta yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan peserta dapat menyesuaikan diri dengan perkakasan komputer serta fungsinya.
AKTIVITI
Para peserta telah diterangkan tentang perkakasan komputer dan fungsinya yang tersendiri. Kemudian, mereka telah diberikan soalan yang memaparkan rajah perkakasan komputer dan peserta telah diminta untuk melabelkan nama perkakasan tersebut supaya bersepadan dengan rajah yang diberikan.
Tarikh : 16/03/2024 Masa : 2.15pm - 3.15pm Tempat : NaDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Untuk mengetahui teknik-teknik penting untuk menjawab soalan dalam peperiksaan subjek Sains dan dapat memberi penekanan yang lebih kepada topik yang dipelajari
AKTIVITI
Peserta menyertai kelas tuisyen atas talian untuk subjek Sains dan tips-tips penting untuk menguasai matapelajaran tersebut
Tarikh : 29/02/2024 Masa : 09.00am - 01.00pm Tempat : NaDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 21 peserta |
TUJUAN
Peserta telah didedahkan kepada penggunaan Ai kepada ushawan atas talian dan juga bersemuka. Tujuan pendedahan ini adalah untuk memudahkan urusan harian peserta dan mendedahkan peserta kecanggihan penggunaan IT dalam perniagaan.
AKTIVITI
Melalui kelas ini, peserta telah mempelajari cara untuk menggunakan Ai untuk mencipta caption dan gambar yang menarik supaya dapat menarik perhatian pelanggan.
Tarikh : 04/03/2024 Masa : 03.00pm - 4.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 5 peserta |
TUJUAN
Tujuan utama pertandingan ini ialah untuk mengisi masa lapang peserta semasa musim cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan tahap kreativiti peserta dengan aktiviti mewarna bertemakan ICT.
AKTIVITI
Para peserta diminta mewarna poster bertemakan ICT mengikut kreativiti masing-masing. Secara tidak langsung mereka dapat mempelajari jenis-jenis perkakasan komputer seperti tetikus, papan kekunci dan banyak lagi.
Tarikh : 17/02/2024 Masa : 4.45pm - 5.45pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Untuk mengetahui teknik-teknik penting untuk menjawab soalan dalam peperiksaan subjek Matematik dan dapat memberi penekanan yang lebih kepada topik yang dipelajari
AKTIVITI
Peserta menyertai kelas tuisyen atas talian untuk subjek Matematik dan tips-tips penting untuk menguasai matapelajaran tersebut