Tarikh : 30/12/2023 Masa : 3.30pm - 4.30pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Untuk mengetahui teknik-teknik penting untuk menjawab soalan dalam peperiksaan subjek sains dan dapat memberi penekanan yang lebih kepada topik yang dipelajari
AKTIVITI
Peserta menyertai kelas tuisyen atas talian untuk subjek sains dan tips-tips penting untuk menguasai matapelajaran tersebut
Tarikh : 17/12/2023 Masa : 04.00pm - 05.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 3 peserta |
TUJUAN
Kuiz ini diadakan untuk menguji keupayaan peserta untuk menguasai subjek sains, inggeris dan matematik. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kepada peserta supaya dapat membiasakan diri melakukan kuiz online.
AKTIVITI
Para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah diminta untuk menjawab kuiz secara atas talian.
Tarikh : 01/12/2023 Masa : 10.00am - 12.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Peserta didedahkan kepada penggunaan Microsoft Office Powerpoint dan asas-asas penggunaannya. Kepentingan Microsoft Office Powerpoint juga turut diperkenalkan kepada peserta agar penggunaannya memberikan manfaat kepada peserta terutamanya pelajar.
AKTIVITI
Petugas telah menerangkan cara-cara menggunakan Microsoft Office Powerpoint kepada peserta. Peserta dikehendaki menghasilkan "slideshow" berdasarkan penerangan yang telah diberikan oleh petugas.
Tarikh : 6/12/2022 Masa : 04.00pm - 5.00pm Tempat : PEDi Kg Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Peserta diberikan pendedahan tentang resume dan kepentingannya sebagai panduan untuk mencari kerja. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan peserta dapat menghasilkan resume yang baik dan berkualiti di samping membuka peluang kepada peserta untuk dipanggil temuduga. Bengkel ini juga bertujuan untuk melahirkan komuniti yang celik IT dan berdaya saing.
AKTIVITI
Peserta dibimbing oleh petugas untuk menghasilkan resume menggunakan Microsoft Office Word. Peserta juga telah diberikan tunjuk ajar tentang format lengkap penulisan resume yang boleh digunakan semasa mencari kerja kelak. Peserta dapat menghasilkan resume yang baik dan lengkap pada akhir bengkel.
Tarikh : 22/11/2023 Masa : 4.00pm - 5.00pm Tempat : PEDi Kampung Kuala Kerik Peserta : 1 peserta |
TUJUAN
Untuk membantu para peserta memperkasan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian. Secara tidak langsung, program ini dapat membantu para peserta untuk membiasakan diri bertutur dan menulis menggunakan Bahasa Inggeris.
AKTIVITI
Para peserta diminta untuk menjawab soalan kuiz bahasa inggeris dan belajar maksud perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu.